Rabu, 26 Oktober 2011

*exam

   Minggu exam dah masuk minggu ke-3. 7 paper setengah dah berlalu. tinggal 3 setengah lagi. eko, prinsip, arab dan pqs. Sekarang ni cuti seminggu. Malas giler rasa nak studi. Pastu mulalah malam preksa baru nak kecoh.

   Target untuk akhir tahun ni. 9A 2B.  Agak tinggi target tu untuk aq. Saje nak cabar potensi diri. Paling kurang ader target untuk dicapai. Disebabkan aq ni pemalas , aq perlukan peransang untuk capai target itu. Aq pun mintaklah basikal rasing dengan ibu. Ibu kata boleh dengan syarat dapat 10A. Aq terkedu banyak tu. Kurang lah sikit. Akhirnya dapatlah diskaun, 9A.

   Jadi sekarang ni tengah bersemangat untuk capai target tu. Ader lebih kurang 3 hari lagi masa untuk struggle. 3A setengah lagi untuk digenggam. Fuh. kalu dapat 9A akhir tahun ni. Punyalah gembira. Dapat basikal.

   ~angan-angan~
   Dapat kayuh basikal dengan kengkawan. Jalan-jalan makan angin. Keliling daerah besut ni. Pastu boleh buat satu plan untuk akhir tahun ni. Le De tour Kuala Terengganu. hebat bunyi. kalau tahun lepas trip to kb, tahun ni trip to kt plak. seronok kalau kayuh basikal ke kt ni. Nop-nop bila malam, round bandar kt dengan basikal. ehem-ehem. KUAT BERANGAN

  ~realiti~
   Kena studi hard la untuk capai semua itu. so stop writing and go studi.

Selasa, 30 Ogos 2011

A big work...

  Hari ni raya sakan even x pergi ziarah orang sangat. 2 hari lagi akan ader majlis besor kat rumah. Majlis besor pasti kerjo pun besor..

  Kelmarin aq ditimpa pelbagai penyakit. Mula-mula demam pastu selsema. Pastu datang pulak sakit belakang, urat-urat pun mula rasa lenguh-lenguh .. Sendi pun nak ambil part jugak. ish x boleh jadi. Mungkin sebab kerja berat ni. x henti kerja datang. nak curi tulang pun susah.

  Hari ni hilang sikit. demam pun semakin kebah. Tapi langit x selalu cerah.. Tiba-tiba pulak dtg kerja. Datang balik penyakit lama. Urat2 mula buat masalah.

 Nak tukang urut......... nak tukang urut. ..............nak jugak....
haha...

7 Kesilapan di Pagi Hari Raya Aidilfitri

Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

Aurat & Ipar Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

Dosa Bertempoh

Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan ’chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Ahad, 28 Ogos 2011

Sedih...

   Tadi solat terawikh kat surau tepi rumah.. Dekat jer surau tu lebih kurang 200 step. (siap kira lagi). Entahlah rasa sedih plop. Ramadhan hampir melabuhkan tirai. No more terawih utk tahun nie. Sehari lagi puasa. Beberapa jam lagi berakhirlah ramdhan.

   Rasa sangat rugi.x guna offer ramdhan ni betul2. Allah bagi tawaran besar sangat. Ya aq tahu ader ganjaran besar tapi kenapa aq x rebut giler2. mm apa-apa pun dah cuba yang terbaik. Masih ader sehari moga dapat guna sebaiknya..

  




Jumaat, 26 Ogos 2011

Ingatlah ...

  Sedih gembira silih berganti, bukti kita manusia normal.. Waktu gembira memang semuanya NICE..ramai jer sahabat waktu gembira. Gelak x ingat dunia.

  Tapi bila sedih , everthing gone. Kita perlukan panduan  dan GUIDER.. Akal sahaja tidak mencukupi.. Nur Ilahi adalah apa yang diperlukan..



“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)



“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)




Believe me. Allah is everything we need. Rendahkan hati, sujudlah mohon petunjuk - NYA . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengentahui..


SENYUMLAH
dan bergembira lah atas setiap apa yg berlaku..
there are nothing to sad
..
it's time to create a beautiful smile for yourself ......
..
“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)