Khamis, 31 Disember 2015

Coretan Semester

Satu semester is like
First day...
Aku akan berubah. Belajar sungguh-sungguh, score exam.
Puff...
Haaaah
Dah final exam.
Aku tak belajar apa-apa lagi sem ni.

Lol.

Beberapa minit lagi nak masuk tahun baru, beberapa minit juga lagi aku akan dapat angka 1 di belakang angka 2. Imbas kembali setahun ini apa yang aku lalui. Hmmm. Banyak. Aku belajar impian dan angan-angan kita yang kita rasa sangat indah itu tidaklah indah sangat.

Di alam sekolah, aku bayangkan alam universiti itu begitu indah. Belajar di library, masuk dalam dewan lecture yang besar, berjumpa dangan pelbagai jenis manusia, kos yang hebat-hebat. Hakikatnya kita tetaplah bersifat dengan sifat manusia kita. Awalnya memanglah seperti yang kita impikan itu. Tapi lama-lama kelamaan kita akan diserang angin bosan juga. Rupanya, apa yang kita sangka indah itu hanyalah biasa-biasa saja. Malah kita akan dibeban dengan penuh bebanan lain.

Kita mula ditekan untuk mendapat keputusan yang baik. Ditakut takutkan dengan kegagalan dan juga terperangkap dengan expectation manusia-manusia ghaib. Oleh itu aku belajar, impian indah aku hari ini usahlah dilayan. Kerana ia tidaklah lebih daripada mainan kehidupan. Contohnya, kadang aku berangan nak kawen dengan puteri idaman, dan kadang berangan nak kerja sedap, nak rumah itu dan kereta ini. Semoga pengalaman tidak menghanyutkan aku dalam khayalan.

Begitulah kehidupan. Penting untuk kita belajar dari pengalaman. Sedihnya juga, hidup kita hanyalah sekadar mengulangi sejarah manusia. Kita menghabiskan kebanyakan usia kita hanya untuk mengejar ilmu yang telah lama diterokai. Pada masa kita mula mengorak langkah meneroka yang baru, kita telah pun tua. Kemudian datang anak kita mengulang cerita sama. 

 "When an old man dies, a library burns to the ground." 

Villa pelangi
11.59 pm
31 Disember.