Rabu, 20 Ogos 2014

Untuk kali pertamanya

Jumaat 15 Ogos 2014

     Beberapa hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat sejak berada di dunia ini. Hari ni aku tengok wayang untuk kali pertamanya. Iye. First time. Sound weird right. Macam tak caye je. Well aku kan budak republik of besut. Paling jauh aku pergi pun kota baru takpun kuala terengganu. Mana ada wayang bagai ni. Pada usia 18 tahun 11 bulan barulah aku jejakkan kaki ini ke panggung wayang. 15 ogos, betul2 sebulan sebelum tarikh aku dilahirkan 15 sept. Hurm birthday. Fitrah kita. Kita suka bila diraikan. So raikan je lah. Tak nak takpe. Ade orang tak kisah, ade orang tak kisah.


     Berjaya megamall kuantan. Remember the place. Pukul 6 pm aku janji dengan faizz nak pergi dengan bus rapid kuantan tapi ada rezeki, kak long aku sudi nak hantar. Sampai je cari makan sikit kemudian terus pergi beli tiket. Solat dulu baru masuk. Nervous kut. First time katakan. Haha. Dalam panggung tak ramai pun orang. Dapatlah lihat pasangan-pasangan anak melayu yang sedang tenggelam dalam indahnya dunia. Aku fikir jap, aku masuk panggung ni bukan tenggelam dalam dunia jugak ke.

    Haram ke tengok wayang ? Kalau haram apakah yang menyebabkan ia haram. Sebab wayang adalah tempat maksiat jadi mukmin kena jauhkan diri. Maksiat apakah yang dimaksudkan ? Berdua-duaan di tempat gelap. Tayangan yang menunjukkan aurat. Erm apa lagi.

   Tapi kita bukan pergi berdua-duaan. Bukan nak tengok yang buruk-buruk tu. Camne pulak yang ni ?
  
    Apa beza wayang dengan bus. Kalau dalam bus malam pun ramai je couple dalam tu. Berdua-duaan, tempat gelap malah semalaman bukan sejam dua. Jadi adakah bus haram ?
  
  Movie dan drama dalam tv, komputer, smartphone dan apa2 aja yang boleh play benda tu. Adakah haram juga tv, komputer dan smartphone itu ?  Banyakkan persoalan.....

 Marilah kita kita lihat satu hadis ni, mungkin kita dah biasa tapi jom kita lihat dan teliti sekali lagi. Hadis ni ada dalam hadis 40 imam nawawi.

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
   Ini adalah satu garisan jelas yang diajarkan oleh agama kita. Kita boleh buat pilihan nak bermain di kawasan syubhah itu atau tinggalkan sahaja.

  Persoalan yang aku timbulkan aku tak jawab lagi. Malas lah nak tulis panjang-panjang. Fikir-fikir kan sendirilah.


   Lepas habis tengok wayang kami pun pergi ke pantai teluk cempedak. Aku tak sangka begitu meriah sekali sambutan orang ramai di malam hari. "Begitulah selalu terutama di hujung minggu" ujar faizz. Pelbagai aktiviti yang ada. Free style, nyanyi, main skate board dan pertunjukan ular. Aku rasa macam, macam apa eh. Macam tempat festival dalam tv gitu. Tepi pantai pula dipenuhi dengan orang ramai. Adu  beberapa kumpulan budak perempuan, kumpulan budak lelaki, yang bercampur baur pun ada, couple pun ada, geng macam aku dan faizz pun ada. Macam-macam adalah. Dari jauh nampak macam mereka sedang berbual sambil kelipan lampu kelihatan. Bila lihat dari jauh, jadi comel pulak tepi pantai tu sebab nampak obor-obor lampu je memenuhi pantai. 

   Bila dah letih pusing-pusing tempat tu sambil dengar lagu dari band jalanan yang lagunya bolehla, kami berhenti di kedai makan. Memang dah rancang nak makan kat situ sebab chicken chop nye murah katenya, RM5 je. Beratur punyalah panjang. Takpelah sebab 5 ringgit kan, Three word. Sedap kenyang borbaloi. Jam dah 4 pagi mata pun dah mengantuk.

   Cari tempat tidur. Inilah kali pertama aku tidur di pantai. Betul-betul tidur di pantai. Tak bawa apa-apa. Cuma aku bawa sweater je sebab sejuk. Beralaskan pasir berbumbungkan langit dan awan gelap kami pun tidur. Kunci jam dulu sebelum diulik mimpi kalau tak, subuh mentari atas kepala la jawabnya. Memang feeling habis lah sebelum tertidur. Angin sejuk dari pantai, langit gelap tak berbintang, pasir halus sejuk menusuk tulang. Subhanallah.

  Ding. ding ..dong ding dong ding.... mendayu-dayu alarm pun. Mujurlah tersedar jugak. Merayau-rayau kami mencari air. Nak guna air laut kan sejuk dan masin pulak. Pergi ke tandas, terkunci, Kedai pun tutup mujurlah ada terjumpa kedai yang buka. Minta izin dia penjaga nak ambil wudhuk. Alhamdulillah orang kita memang baik-baik semuanya. Maka berjemaahlah kami berdua.

  Selesai solat faizz memulakan agenda utama dia. Tangkap gambar matahari terbit. Aku ikut jelah, tengok-tengok cuba faham apakah yang sedang dibuatnya.


Bila mentari pagi garang menyinar bumi, kami membuka langkah menuju destinasi,rumah. Inilah cerita hari ini.

   

Jumaat, 15 Ogos 2014

tersesat di mid valley

Rabu 13 ogos 2014


    Aku menerima pelawaan rakanku, rofiq untuk pergi ke mid valley megamall lagipun aku sudah lama tidak kesana. Kali terakhir aku kesana ialah dalam 5 6 tahun lepas bersama family aku. Rabu 5.30 petang, kami berdua bergerak dari kk12. Kami terpaksa melalui blog kk12 perempuan untuk keluar dari kolej kediaman ini atau kami perlu menggunakan laluan kereta yang agak jauh. Menyusuri laluan di celah-celah blog penempatan pelajar perempuan dan menempuhi gerombolan mereka bukanlah perkara yang mudah. Suasana yang tidak pernah aku alami sepanjang di nilam puri. Rofiq berkata padaku " memang kau akan rasa pelik tapi lama-lama kau akan biasa ar. Aku dulu pun macam tu jugak masa mula-mula sampai dulu " . Aku cuma mengiakan kata-katanya. "Mungkin inilah bagaimana suasana mengubah manusia" getus hatiku. Ia sebenarnya bukanlah teruk cuma aku agak terasa beza biah nilam puri dan biah kl.

  Kami menahan teksi yang kebetulan berhenti di kk12 untuk menurunkan penumpang. Jadi kami tak perlulah berjalan jauh untuk keluar ke stesen bus. Pemandunya pula petah orangnya. Pelbagai topik yang disebutnya. Aku cuba mengorek kisah anak-anaknya. Rupanya anak-anaknya belajar tinggi-tinggi semuanya. Beberapa anaknya juga belajar di universiti malaya. Alhamdulillah.  Terpancar kebanggaan di raut wajah seorang ayah yang membanting tulang membesar anak-anak. Aku melihat jelas senyuman lebar di wajahnya ketika bercerita tentang anaknya. Pada hematku pakcik ini orang yang berjiwa besar. "Anak pergi ke stesen universiti ni nak pergi mana ? " tanya pakcik. "Kami nak ke mid valley" ujar rofiq. Pakcik tu tiba-tiba ketawa. Ujarnya, kenapa susah-susah pergi stesen, naik lrt sampai kl central sana pastu pusing datang balik. Dia ketawa lagi. Kami kehairanan. Akhirnya kami tahu mid valley tu dekat je dengan um jadi kami buat keputusan untuk minta pakcik tu hantar kami terus ke mid valley. Kelakar pulak jadinya. Aku ingat rofiq tahu, rupanya dia pun tak tahu. Tambang 7 ringgit lebih. Bolehla. Agaknya kalau kami main pusing-pusing dengan lrt tu,  mungkin lebih mahal.




    Tersesat di mid valley.  Kami berdua keletihan meronda mid valley yang sangat besar itu jadi kami lapar dan nak makan. Kami nak cari kfc je sebab rasanya makanan lain semuanya mahal. Misi mencari kfc bermula namun tak menampakkan kami berada di landasan yang betul. Somehow terjumpa food court. Cuba masuk tengok-tengok tapi aku rasa was-was. Malaslah nak buat benda yang hati tak tenang ni. Kami pun keluar. Sesat. "Kita balik jelah, kita makan kat cafeteria kk12" kataku pada rofiq. Akhirnya kami bersetuju untuk buat percubaan terakhir dan kalau tak jumpa jugak kami balik lagipun dah dekat dengan maghrib. Alhamdulillah terjumpa jugak kawasan makanan. Ada McDonald kfc Starbucks dan Domino pizza. Mcdonald Starbucks tak boleh. Boikot. Tinggal kfc or domino pizza. Akhirnya makan domino pizza. First time kut.

  Tersesat arah takpe, tesesat hidup ? Aku melihat anak melayu berdua-dua.
Aku melihat anak melayu berselfie laki perempuan bertempel-tempel.
Aku melihat anak malayu membalut badannya, membungkus auratnya.
Aku melihat anak melayu tidak segan lagi berpakain kuffar, tren katanya. Bereluar renang dan berbaju kelambu

    Aku termenung sendiri. Kenapa ? Salah siapa? Bagaimana mahu mengubatinya ? Aku melihat ilmu tidak lagi berguna. Aku melihat ilmuan di universiti malaya sendiri memilih mencampur adukkan lelaki dan perempuan dalam penempatan yang sama. Jadi ilmu ini untuk apa. Untuk memenuhi nafsu semata-mata. Aku pening sendiri.

   Non muslim lagi lah. Terasa bagai di negara cina. Rata-rata dipenuhi dengan cina. Bukan mahu rasis tapi cuma mahu bertanya. Aku tertanya apakah ideologi dan pemikiran mereka. Adakah perempuan hanya simbol seks ? Ditonjol dibuka semua tempat. Begitu murahkah harga perempuan. Apakah maksud wanita mulia disisi mereka ? Para wanita ini, mereka bangga kah menunjukkan kehormatan mereka ? Bagaimana mereka melihat dan memahami maksud kehormatan.
Lelaki. Entahlah. Tak pandai nak cakap pasal spesis sendiri ni. Mungkin lelaki inilah yang menjadi faktor wanita menjadi begitu. Aku tak rasa perempuan berpakaian begitu sebab perempuan lain. Aku bertambah pening.

    Menjadi lelaki muslim di abad ini bukanlah mudah.  Tv komputer dan pasar raya adalah pengikis terbaik iman seorang lelaki. Sampailah saat bila hati ini tidak lagi rasa berdosa dan tidak lagi punya malu, maka tahulah diri ini hati ini telah mati.



Rabu, 13 Ogos 2014

Warm welcome by apids at kk12




    Aku melewati kafeteria kelej kediaman ke-12 bersama rakan-rakan dari APIDS. Hampir 6 bulan kami tidak bertemu disebabkan keadan dan situasi yang tak mengizinkan. Kami juga ke kafeteria sebenarnya cuma tempatnya agak besar jadi kami melewati tempat makan dahulu sebelum tiba ke tempat jualan. Aku mengangkat pandangan aku melihat persekitaran. Terdapat pasangan-pasangan couple sedang bermadu kasih dan sekumpulan pelajar lelaki yang pada pengamatan aku, mereka baru selesai bersukan. Aku berfikir sejenak. Ada beberapa perkara yang terlintas dalam fikiran aku. Kemudian kami tiba di tempat jualan makanan. Banyak pilihan yang ditawarkan kerana system cafeteria ini mengunakan system food court. Aku sedikit janggal tapi cuba membiasakan diri jadi aku perhatikan mereka dulu barulah aku buat.

   Makanan dan minuman dah sedia. Jom makan. Rupanya ada budak APIDS yang puasa. Bagus lah mereka ni, tiba-tiba je jadi sejuk aku hati ni. Dari tadi aku cakap APIDS APIDS. Apakah mereka ini ? APIDS ialah singkatan kepada Akedemi Pengajian Islam dan Sains. Aku ialah pelajar API iaitu Akedemi Pengajian Islam. Selesai makan aku naik ke bilik bersiap untuk solat. Disini setiap blog disediakan surau yang terletak di aras tengah. Ada 7 aras, jadi surau terletak di aras 3, aras yang sama dengan bilik pelajar APIDS yang aku tumpang ni. System yang sangat menyenangkan. Selesai solat aku bertemu dengan budak APIDS lain. Kami berbual panjang setelah lama tak berjumpa. Gembira sangat rasanya bila masa tak memisahkan keakraban kita dulu. Lansung tidak terasa jangal walaupun telah lama tak bersua muka.

   Bilik yang aku tumpang ni adalah bilik Ali dan Faris. Ia menjadi centre kepada para APIDS lain. Mereka akan datang study atau lepak kat sini setiap hari tak kira siang atau amal asalkan ada waktu lapang. Jadi malam ni, bilik ni sangat meriah. Bertambah gembira lagi bila aku tiba-tiba jadi sebahagian daripada mereka walhal aku baru je sampai kat sini. Terasa manisnya ukhwah itu, ukhwah yang terbina di Nilam Puri terbawa sampai ke sini, Kuala Lumpur. Ternyata masa dan tempat bukanlah penghalang.

  Baru semalaman aku disini, tapi aku sudah jatuh cinta
  Sungguh berat kaki ini untuk melangkah pergi meninggalakan bumi ini
  Bumi yang menyimpan beribu memori dan kenangan
  Namun inilah hidup
  Tiada yang pasti melainkan mati


-B316
 Kelej Kediaman 12
 Universiti Malaya