Rabu, 20 Ogos 2014

Untuk kali pertamanya

Jumaat 15 Ogos 2014

     Beberapa hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat sejak berada di dunia ini. Hari ni aku tengok wayang untuk kali pertamanya. Iye. First time. Sound weird right. Macam tak caye je. Well aku kan budak republik of besut. Paling jauh aku pergi pun kota baru takpun kuala terengganu. Mana ada wayang bagai ni. Pada usia 18 tahun 11 bulan barulah aku jejakkan kaki ini ke panggung wayang. 15 ogos, betul2 sebulan sebelum tarikh aku dilahirkan 15 sept. Hurm birthday. Fitrah kita. Kita suka bila diraikan. So raikan je lah. Tak nak takpe. Ade orang tak kisah, ade orang tak kisah.


     Berjaya megamall kuantan. Remember the place. Pukul 6 pm aku janji dengan faizz nak pergi dengan bus rapid kuantan tapi ada rezeki, kak long aku sudi nak hantar. Sampai je cari makan sikit kemudian terus pergi beli tiket. Solat dulu baru masuk. Nervous kut. First time katakan. Haha. Dalam panggung tak ramai pun orang. Dapatlah lihat pasangan-pasangan anak melayu yang sedang tenggelam dalam indahnya dunia. Aku fikir jap, aku masuk panggung ni bukan tenggelam dalam dunia jugak ke.

    Haram ke tengok wayang ? Kalau haram apakah yang menyebabkan ia haram. Sebab wayang adalah tempat maksiat jadi mukmin kena jauhkan diri. Maksiat apakah yang dimaksudkan ? Berdua-duaan di tempat gelap. Tayangan yang menunjukkan aurat. Erm apa lagi.

   Tapi kita bukan pergi berdua-duaan. Bukan nak tengok yang buruk-buruk tu. Camne pulak yang ni ?
  
    Apa beza wayang dengan bus. Kalau dalam bus malam pun ramai je couple dalam tu. Berdua-duaan, tempat gelap malah semalaman bukan sejam dua. Jadi adakah bus haram ?
  
  Movie dan drama dalam tv, komputer, smartphone dan apa2 aja yang boleh play benda tu. Adakah haram juga tv, komputer dan smartphone itu ?  Banyakkan persoalan.....

 Marilah kita kita lihat satu hadis ni, mungkin kita dah biasa tapi jom kita lihat dan teliti sekali lagi. Hadis ni ada dalam hadis 40 imam nawawi.

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
   Ini adalah satu garisan jelas yang diajarkan oleh agama kita. Kita boleh buat pilihan nak bermain di kawasan syubhah itu atau tinggalkan sahaja.

  Persoalan yang aku timbulkan aku tak jawab lagi. Malas lah nak tulis panjang-panjang. Fikir-fikir kan sendirilah.


   Lepas habis tengok wayang kami pun pergi ke pantai teluk cempedak. Aku tak sangka begitu meriah sekali sambutan orang ramai di malam hari. "Begitulah selalu terutama di hujung minggu" ujar faizz. Pelbagai aktiviti yang ada. Free style, nyanyi, main skate board dan pertunjukan ular. Aku rasa macam, macam apa eh. Macam tempat festival dalam tv gitu. Tepi pantai pula dipenuhi dengan orang ramai. Adu  beberapa kumpulan budak perempuan, kumpulan budak lelaki, yang bercampur baur pun ada, couple pun ada, geng macam aku dan faizz pun ada. Macam-macam adalah. Dari jauh nampak macam mereka sedang berbual sambil kelipan lampu kelihatan. Bila lihat dari jauh, jadi comel pulak tepi pantai tu sebab nampak obor-obor lampu je memenuhi pantai. 

   Bila dah letih pusing-pusing tempat tu sambil dengar lagu dari band jalanan yang lagunya bolehla, kami berhenti di kedai makan. Memang dah rancang nak makan kat situ sebab chicken chop nye murah katenya, RM5 je. Beratur punyalah panjang. Takpelah sebab 5 ringgit kan, Three word. Sedap kenyang borbaloi. Jam dah 4 pagi mata pun dah mengantuk.

   Cari tempat tidur. Inilah kali pertama aku tidur di pantai. Betul-betul tidur di pantai. Tak bawa apa-apa. Cuma aku bawa sweater je sebab sejuk. Beralaskan pasir berbumbungkan langit dan awan gelap kami pun tidur. Kunci jam dulu sebelum diulik mimpi kalau tak, subuh mentari atas kepala la jawabnya. Memang feeling habis lah sebelum tertidur. Angin sejuk dari pantai, langit gelap tak berbintang, pasir halus sejuk menusuk tulang. Subhanallah.

  Ding. ding ..dong ding dong ding.... mendayu-dayu alarm pun. Mujurlah tersedar jugak. Merayau-rayau kami mencari air. Nak guna air laut kan sejuk dan masin pulak. Pergi ke tandas, terkunci, Kedai pun tutup mujurlah ada terjumpa kedai yang buka. Minta izin dia penjaga nak ambil wudhuk. Alhamdulillah orang kita memang baik-baik semuanya. Maka berjemaahlah kami berdua.

  Selesai solat faizz memulakan agenda utama dia. Tangkap gambar matahari terbit. Aku ikut jelah, tengok-tengok cuba faham apakah yang sedang dibuatnya.


Bila mentari pagi garang menyinar bumi, kami membuka langkah menuju destinasi,rumah. Inilah cerita hari ini.

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan