Rabu, 29 Oktober 2014

imtihan awal li fasli awal



   Tajuk arab sket hari ni. Alhamdulillah selesai imtihan awal. Dua paper jah padahal, sini guna istilah madah utk subjek. Orang akan tanya "anta ambil madah apa ? Doktor mana? Buku Apa? " . Ini soalan lazim lah. Setakat ni masih belum jemu menjawab walaupun soalan yang sama diulang-ulang, malah orang sama pun ada tanya soalan sama. Bukan sekali dua, tiga empat kali pun ada. huhu. Takpolah, tak kisah pun, modal untuk berbual, kalau tak akan jadi.......... krik krik krik.

   Hari ni balik rumah dengan perasaan yang sangat lega. Lega dari kekusutan dan ketakutan khayalan budak first year. Sebenarnya masih ada imtihan untuk markaz lughah tapi imtihan ni tak rasa membebankan sangat. Satu lagi, imtihan tadi takleh jawab pun, huhu. Okeylah, semoga lebih ready untuk imtihan seterusnya. Kata orang bijak pandai, jauhi procrastination kalo nak berjaya. Kerja last minit ni tak cool tau sebab kita tak leh enjoy the moment, sedangkan orang yang bersedia dari awal, dia dapat menikmati semua saat itu. Some people enjoy the rain and others just get wet.


12.50 am
Rabu 29 Oktober
Bait Badar, Irbid

Khamis, 23 Oktober 2014

naqibku laut

khamis
16 oktober 2014

      Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah .... aku mengusap muka mengambil sunnah rasulullah seusai memberi salam. Kepala aku ditinggikan sedikit untuk melihat sekeliling mencari malizi yang lain kerana telah dihebahkan solat hajat akan dibuat selepas solat maghrib. Anak-anak melayu berpusu-pusu bergerak ke sayap kiri masjid jamiah untuk melaksanakan hajat yang sangat besar ini. Masalah yang sedang memuncak ini telah sampai ke tahap syiling. Malizi tak boleh bertolak ansur lagi. Saf-saf dibentuk, lalu takbir diangkat. Semoga Allah memakbulkan doa kami, doa orang-orang yang dizalimi. Sejak hari raya aidil adha lepas, rumah-rumah anak melayu telah dipecah masuk. Setiap hari ada yang menjadi mangsa, beribu-ribu jodan dinar telah dilesapkan meninggalkan mangsa dalam keadan hanya tuhan yang tahun.

   Selesai solat, aku bersama Hanif bergerak ke rumah naqib kami untuk ber 'bulatan gembira' . Ini adalah, bulatan gembira rasmi yang kedua kami. Kali ini berjalan di rumah naqib kami sendiri. Kami bergegas kerana takut terlambat tapi rupanya kami yang paling awal. Bila semua dah sampai barulah kami bergerak masuk ke rumah naqib kami, abang Hakim Othman. Perpustakaan mini beliau menjadi tempat bulatan malam ni. Aku melihat sekeliling dengan penuh kagum. Penuh. Penuh dengan buku-buku. Kitab. "patutlah hebat orangnya" getus hatiku.

 Perbincangan malam itu berkisar tengtang hala tuju usrah kami sambil beliau rancak bercerita tentang buku-buku beliau. Satu persatu nama penulis disebut dan kebanyakannya, aku tidak kenali. Aku dapat lihat kesungguhan beliau bercerita tentang buku-buku, dari buku tafsir quran kepada syarah hadis, dari buku akidah hingga buku fikrah. Satu persatu dikupasnya sehingga aku tenggelam sekali ke dalamnya. Satu dunia yang baru bagiku. Entah mengapa, tidak semena-mena aku jadi sangat teruja.

 Sebelum pulang, aku meminjam sebuah buku " di hamparan shamrock, ku seru nama mu". Sebuah buku tentang liku-liku hidup yang dilalui oleh Ustaz Hasrizal. Dari liku-liku itulah beliau menjadi manusia hebat berjiwa besar, dan jauh jangkauan akal. Aku menghabiskan buku ni dalam masa semalam. Rekod. Sangat jarang dan rare bila aku habiskan buku dalam semalam. Tapi buku ini sangat hebat. Banyak inspirasi dan semangat juang  yang aku dapat.

Itulah ceritanya kali ini.
Berkawan dengan penjual minyak wangi
kita pun jadi wangi sekali...

12.37am
23 oktober 2014
Irbid

Rabu, 15 Oktober 2014

salam buat sang fajar


Salam buat sang fajar
lihatlah hari ini
sebab ia adalah kehidupan, kehidupan dari kehidupan
dalam sekejap dia telah melahirkan berbagai hakikat dari wujudmu
nikmat pertumbuhan
pekerjaan yang indah
indahnya kemenangan
kerana hari kelmarin tak lebih dari sebuah mimpi
dan esok hari hanyalah bayangan
namun hari ini ketika anda hidup sempurna
telah membuat hari kemarin sebagai impian yang indah
setiap hari esok adalah bayangan yang penuh harapan
maka lihatlah hari ini
inilah salam untuk fajar.
(Dipetik dari buku la tahzan - DR. 'Aidh al-Qarni)


Aku tak pernah bosan baca buku ni. Jauh dari Malaysia aku bawa buku ni. Sampai korbankan kamus semata-mata nak bawa buku ni. Terbaca lagi tadi jadi nukilkan sikit di dinding ini.

Hari ini, genaplah sebulan aku disini. Apa yang aku dah belajar ? Apa yang aku dah dapat ? Terlalu banyak untuk diperkatakan tapi cukuplah aku kata 'aku gembira sekarang' . Terima kasih Allah untuk perjalanan ini.

11.48 pm
15 oktober 2014
Irbid

Rabu, 8 Oktober 2014

Week 3

Selasa 7 Oktober 2014
Week 3

       Hari ni genap 3 minggu aku disini. So, apa yang aku dah dapat dalam tempoh tu. Banyak. Sebelum tu kita cerita pasa hari raya aidil adha dulu. Disini, -Jordan- raya jatuh pada hari sabtu tapi di Malaysia, raya jatuh pada hari ahad. Atas beberapa foktor. Aku pun faham sikit-sikit je. Jadi. Excited lah si perantau ni nak beraya di perantauan. Merasai sendiri pengalaman yang sebelum ini hanya dikhayalkan berdasarkan cerita-cerita orang.

      Sehari sebelum raya, warga kpm Alhamdulillah dengan jayanya berjaya buat program bersama-sama. Berkenalan dengan generasi pertama -kami gerasi kedua- kemudian ber 'bbq' . Part ni paling best. Awal tu rasa macam, "mesti bosan program ni", tapi telahan ku ternyata tersasar jauh. Bertempat di bumbung bangunan serta berbumbungkan langit biru. Perhgg. Siap dapat tengok matahari terbenam lagi. Rasa feeling semacam. Bila matahari mula berlalu pergi sambil memanggil bulan datang mengganti, bumi Irbid jadi keperangan. Sinar cahayanya masih gagah mewarnai bangunan-bangunan di bumi irbid ini. Aku seperti 'indahnya pemandangan' . Semua orang sibuk bergambar termasuklah aku.

     Solat Maghrib. Tikar dihampar, saf disusun, takbir pun bergema. krik krik krik. Solat yang sangat indah. Terasa kebesaran tuhan bila solat berteman bulan dan bintang. Kegelapan malam yang menemani menambahkan lagi rasa itu. Patutlah, dulu Rasullullah solat hari raya di padang. Ada sesuatu disitu yang tak dapat terengkan oleh mata pena.

    Selesai program, aku diminta untuk hantar makanan ke rumah kawan -kawan dia dan juga kawan aku-. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa jugak. Dah banyak berubah kawan aku ni sorang. Aku jadi classmate dengan dia dari form 1 hingga lah form 3 . Lepas tu dia pindah sekolah. Selepas 3 tahun lebih, hari ni baru ada kesempatan jumpa. Itupun hanya untuk beberapa minit. Sebab aku dah letih sangat, nak balik rumah nak mandi nak tidur sebab esok raya. 
   

   Pagi raya. Pukul 6 pagi aku tersedar, pantas ku mengambil wudhuk dan terus solat. Disini pukul 6 pagi bermaksud anda lewat, sebab dalam 6.15, waktu subuh dah habis. Sangatlah berbeza dengan Malaysia. Bangun pukul 6 pagi ni, awal la lagi. Setelah 3 minggu, aku masih struggle untuk menyesuaikan diri dengan waktu disini. Selesai solat aku dengan bersemangatnya, menggosok baju melayu. nak raya kan. Bila aku nak masuk bilik air, dah ada orang dalamnya.okey. Menunggu dengan penuh sabar. Usai mandi, aku bergegas mengenakan pakaian yang baru digosok dan masih panas itu. Laju aku bergerak keluar dari rumah.
tapi..tapi..tapi.....

   Ku lihat manusia sedang keluar dari masjid. Apakah maksud semua ini.Tidak. Ini tidak mungkin. Tak mungkin. Aku menoleh ke belakang, perlahan-lahan aku pusingkan badan. Sambil menundukan kepala, kaki aku melangkah kembali ke bilik sambil hati menbentak-bentak. Hanya mampu mengenang nasib diri sendiri di pagi raya. Tamatlah kisah pak pandir di pagi raya. Walaupun sedih di pagi raya tapi, sedikit demi sedikit aku kembali terhibur dengan ragam syabab-syabab perkasa di rumah terbuka. Di malamnya, aku tersenyum sendiri. "pengalaman" bisik hati ku.

12.03 am
8 Oktober 2014
Irbid