Rabu, 8 Oktober 2014

Week 3

Selasa 7 Oktober 2014
Week 3

       Hari ni genap 3 minggu aku disini. So, apa yang aku dah dapat dalam tempoh tu. Banyak. Sebelum tu kita cerita pasa hari raya aidil adha dulu. Disini, -Jordan- raya jatuh pada hari sabtu tapi di Malaysia, raya jatuh pada hari ahad. Atas beberapa foktor. Aku pun faham sikit-sikit je. Jadi. Excited lah si perantau ni nak beraya di perantauan. Merasai sendiri pengalaman yang sebelum ini hanya dikhayalkan berdasarkan cerita-cerita orang.

      Sehari sebelum raya, warga kpm Alhamdulillah dengan jayanya berjaya buat program bersama-sama. Berkenalan dengan generasi pertama -kami gerasi kedua- kemudian ber 'bbq' . Part ni paling best. Awal tu rasa macam, "mesti bosan program ni", tapi telahan ku ternyata tersasar jauh. Bertempat di bumbung bangunan serta berbumbungkan langit biru. Perhgg. Siap dapat tengok matahari terbenam lagi. Rasa feeling semacam. Bila matahari mula berlalu pergi sambil memanggil bulan datang mengganti, bumi Irbid jadi keperangan. Sinar cahayanya masih gagah mewarnai bangunan-bangunan di bumi irbid ini. Aku seperti 'indahnya pemandangan' . Semua orang sibuk bergambar termasuklah aku.

     Solat Maghrib. Tikar dihampar, saf disusun, takbir pun bergema. krik krik krik. Solat yang sangat indah. Terasa kebesaran tuhan bila solat berteman bulan dan bintang. Kegelapan malam yang menemani menambahkan lagi rasa itu. Patutlah, dulu Rasullullah solat hari raya di padang. Ada sesuatu disitu yang tak dapat terengkan oleh mata pena.

    Selesai program, aku diminta untuk hantar makanan ke rumah kawan -kawan dia dan juga kawan aku-. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa jugak. Dah banyak berubah kawan aku ni sorang. Aku jadi classmate dengan dia dari form 1 hingga lah form 3 . Lepas tu dia pindah sekolah. Selepas 3 tahun lebih, hari ni baru ada kesempatan jumpa. Itupun hanya untuk beberapa minit. Sebab aku dah letih sangat, nak balik rumah nak mandi nak tidur sebab esok raya. 
   

   Pagi raya. Pukul 6 pagi aku tersedar, pantas ku mengambil wudhuk dan terus solat. Disini pukul 6 pagi bermaksud anda lewat, sebab dalam 6.15, waktu subuh dah habis. Sangatlah berbeza dengan Malaysia. Bangun pukul 6 pagi ni, awal la lagi. Setelah 3 minggu, aku masih struggle untuk menyesuaikan diri dengan waktu disini. Selesai solat aku dengan bersemangatnya, menggosok baju melayu. nak raya kan. Bila aku nak masuk bilik air, dah ada orang dalamnya.okey. Menunggu dengan penuh sabar. Usai mandi, aku bergegas mengenakan pakaian yang baru digosok dan masih panas itu. Laju aku bergerak keluar dari rumah.
tapi..tapi..tapi.....

   Ku lihat manusia sedang keluar dari masjid. Apakah maksud semua ini.Tidak. Ini tidak mungkin. Tak mungkin. Aku menoleh ke belakang, perlahan-lahan aku pusingkan badan. Sambil menundukan kepala, kaki aku melangkah kembali ke bilik sambil hati menbentak-bentak. Hanya mampu mengenang nasib diri sendiri di pagi raya. Tamatlah kisah pak pandir di pagi raya. Walaupun sedih di pagi raya tapi, sedikit demi sedikit aku kembali terhibur dengan ragam syabab-syabab perkasa di rumah terbuka. Di malamnya, aku tersenyum sendiri. "pengalaman" bisik hati ku.

12.03 am
8 Oktober 2014
Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan