Khamis, 22 Januari 2015

panjang yang pendek

   Satu hari 24 jam, ia boleh jadi panjang dan juga boleh jadi pendek. Tidur pagi sampai zohor, maka pendeklah ia. Tapi jika dipenuhi dari pagi hingga petang dengan aktiviti lalu tertidur keletihan pada malamnya, maka terasalah panjang hari itu. Minggu ni aku cuti, cuti senggang antara 2 exam. Sedar-sedar dah hari khamis. Bila tak terisi dengan apa-apa maka kosong tak bernilai apa-apa.

  Aku bukan tak buat apa-apa tapi aku marathon anime. Selesai khatam fullmetal alchemist brotherhood. Manfaatnya ? Adalah sket...... 'equivalent trade'. One must give something to gain something.

  Laptop legend aku sudah berada di hujung usia dia. Sejak syitak ni dia sakit teruk. Hampir 7 tahun menabur bakti, sudah tiba masa dia berehat. Jadi sekarang aku ada masalah sikit. Nak update blog pun tak semangat. Ni pun tulis dengan henset je. Layan anime pun dengan henset. Terpaksa gagahkan diri menulis walaupun hanya dapat tulis post yang kosong takde point ni

11.00 pm
22 Januari
Bait Badar, Irbid

Jumaat, 9 Januari 2015

salji dah jadi air


   Orang melayu bina kata-kata "nasi dah menjadi bubur", tapi di sini orang arab tak makan sangat nasi. Kalau nak kata "roti dah jadi kering" nampak macam tak sesuai. Jadi yang paling sesuai ialah "salji dah jadi air".

   Pepatah ni dapat menyimpulan cerita aku dua hari ni. Semalam aku tidur lewat jadi aku pun qadha lah tidur lepas subuh. Bangun dah petang. Udara terasa beku. Laju aku bingkas bangun menjenguk ke luar tingkap. Salji ? takpi takde kesan. Buka henfon tangok watsap. Penuh dengan gambar kawan-kawan main salji. arrrrghhhhhh. Salji turun pagi takdi, sekarang dah jadi air. nanges.

ni gambar kata amman. irbid xde nya camni


   Menguis-nguis kaki merenung nasib sendiri. Irbid ni bukanlah tempat turun salji. Mungkin dah takde lepas ni. Kalau ade pun kena pergi tempat lain. Tapi ia tak sama. Aku nak rasa salji di irbid. Bila hari bertambah gelap, aku dengar bunyi seperti hujan. Lantas aku lihat keluar tingkap. Salji.

  Salji.Serius salji. Tergopoh-gapah aku mencari kunci rumah. Terus aku panjat ke bumbung rumah. Ya memang salji. Ya Allah. Terasa hati ku turut merenyai bersama salji yang turun dari langit. Pelik sekali rupanya. Ia tak jatuh berat seperti titisan hujan tapi menerewang seperti kapas halus.

  Aku disapa seorang pakcik arab. indonesi au malizi ? tanyanya. "fi salj fi malizi ?" tanyanya lagi. Mungkin dia pelik tengok aku jakun sangat. haha. Itu cerita semalam. Hari ni aku bangun awal tunggu salji tapi dia tak nak turun.

takpe-takpe
forecast kata esok
awak akan datang lagi.
i will be waiting for you
so i should sleep now

12.45 am
9 Januari
Bait Badar, Irbid

Rabu, 7 Januari 2015

snow is coming

    
    Angin berderau kencang. Bunyi siulan halus seolah-olah ada raksasa besar sedang meniupkan angin. Bangunan simen in seperti dihentak-hentak. Sesekali butiran pasir singgah di cermin tingkap. Seketika deruan angin berhenti. Namun disusuli pula dengan badai yang lebih menggila. Aku menarik hirom menutup badan yang kesejukan. Bilik yang tak ber'sobah' terasa begitu sejuk mencengkam.

    Ramalan cuaca pihak berkuasa Jordan mengatakan negara ini akan dilanda ribut kuat diikuti pula dengan ribut salji. Cuti umum telah diumumkan dan peperiksaan taujihi juga telah ditangguhkan. Taujihi ialah peperiksaan kelayakan universiti atau bahasa mudah ialah SPM jika di Malaysia. Malam ini terasa begitu berbeza sekali. Deruan angin yang kuat agak menggetarkan jiwa. Pintu bilik yang terkuak-kuat melanggar-langar dinding. Tertanya-tanya bagaimana nasib pelarian syria yang hanya bertemankan kemah disana dan warga palestin nun disana. Semoga kalian kuat. Maafkan kami umat islam yang lena ini.

   Gembira ku jadi derita mu. Aku sangat agak excited menunggu salji sebenarnya tapi aku tahu mereka menderita. Bila gembira kita menjadi derita buat yang lain, i feel so powerless. Sometimes I think it's just how world works. Akan sentiasa ada ketidakadilan. Di suatu tempat seorang tua mambanting tulang sepanjang hari untuk sebuku roti dan di suatu tempat lain seorang kaya dihidang makanan memenuhi meja raja tapi akhirnya hanya menyentuh sesuap sahaja. Dan seorang remaja merungut baju sejuknya kurang cantik tapi disuatu tempat lain seorang remaja pelarian menyelongkar tong sampah mencari baju terbuang. This world is so unfair.

  Aku pening memikirkan ini semua hinggalah aku melihat balik maksud adil itu sendiri. Ya, tak adil dari sudut sempit aku. Akhirnya aku faham, kerana sebagian kita menjadi ujian untuk sebahagian yang lain. Yang ditimpa ujian kemiskinan kesusahan dan kelaparan itu diuji jelas imannya, dan yang lain diuji dengan ujian yang lebih sukar. Kesenangan dan kemewahan lebih berat ujiannya. Apa kamu bantu saudaramu ? Apa kamu mengira ia milik kamu ? Sungguh dunia ini amat berat tipu helahnya.


4.04 am
7 Januari
Bait Badar, Irbid

Ahad, 4 Januari 2015

hari seribu kenangan

 Terlalu banyak perkara yang berlaku hari ni. Dan sekarang aku sepatutnya dah tidur sebab esok ada exam markaz lughah,imtihan nihaie.  Tapi, otak aku tak bole nak shut down. Cerita hari ni berpusing-pusing dalam kepala aku ini meninggalkan aku tersenyum sendiri tengelam dalam kedinginan syita' . I know I suppose to sleep now but I just can't.  Jadi aku rasa nak menulis sikit bertemankan hati yang gembira ni.

  Hari ni kami warga kpm buat satu projek amal. Kami jual makanan dan hasil keuntungan itu akan disumbangkan kepada mangsa banjir.  Moga Allah terima amalam kecil kami ini. Jadi subuh hari aku bangun menunaikan solat, lepas tu aku cuba melelapkan mata sikit sebab dah telalu letih, semalam kami tidur lewat hampir pukul 3. Kami me 'rewang' malam tu. Terasa macam ada kenduri pulak, org tempat aku panggil bekwoh. Kami tumpang tidur di rumah pusat pusat rewang lah jadinya malam tu. Lain rasa perasaan itu. Betul-betul terasa kenduri di kampung. Kumpul ramai2, kerja samlai lewat malam lepas tu tidur sama-sama. hmmmm senyum sorang2

   Baru je rasa terlelap sikit, dah kena kejut. Get back to work team. Okey fine. Redha jelah walaupun kepala pening dan mengantuk bagai nak rak. Aku kena bawa tong gas ke puskom tapi barang banyak sangat so tak de yang free untuk tolong aku bawa gas. Jadi aku bawa sorang tong gas yang penuh tu. Just like old times. One Two three, pap singah atas bahu. Mungkin lebih efisien kalau pikul atas bahu kata otak aku. Lalu ku pikullah tong gas tu ke puskom. Tiba-tiba puskom yg dekat tu terasa begitu jauh. Setiap langkah terasa begitu berat. Bila sampai, hhhhahaaa lembik rasa. Hilang semua mengantuk aku.  'Kopi secawan ni sedap ni ' kata aku. Kami bergegas pergi ke rumah buat kopi.. perrrgg sedap kot. Segar bugar jadinya.

Ok. Bersambung......
Kena tidur esok ada exam

1.33 am
Ahad 4 jan
Bait badar, irbid