Khamis, 22 Januari 2015

panjang yang pendek

   Satu hari 24 jam, ia boleh jadi panjang dan juga boleh jadi pendek. Tidur pagi sampai zohor, maka pendeklah ia. Tapi jika dipenuhi dari pagi hingga petang dengan aktiviti lalu tertidur keletihan pada malamnya, maka terasalah panjang hari itu. Minggu ni aku cuti, cuti senggang antara 2 exam. Sedar-sedar dah hari khamis. Bila tak terisi dengan apa-apa maka kosong tak bernilai apa-apa.

  Aku bukan tak buat apa-apa tapi aku marathon anime. Selesai khatam fullmetal alchemist brotherhood. Manfaatnya ? Adalah sket...... 'equivalent trade'. One must give something to gain something.

  Laptop legend aku sudah berada di hujung usia dia. Sejak syitak ni dia sakit teruk. Hampir 7 tahun menabur bakti, sudah tiba masa dia berehat. Jadi sekarang aku ada masalah sikit. Nak update blog pun tak semangat. Ni pun tulis dengan henset je. Layan anime pun dengan henset. Terpaksa gagahkan diri menulis walaupun hanya dapat tulis post yang kosong takde point ni

11.00 pm
22 Januari
Bait Badar, Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan