Rabu, 7 Januari 2015

snow is coming

    
    Angin berderau kencang. Bunyi siulan halus seolah-olah ada raksasa besar sedang meniupkan angin. Bangunan simen in seperti dihentak-hentak. Sesekali butiran pasir singgah di cermin tingkap. Seketika deruan angin berhenti. Namun disusuli pula dengan badai yang lebih menggila. Aku menarik hirom menutup badan yang kesejukan. Bilik yang tak ber'sobah' terasa begitu sejuk mencengkam.

    Ramalan cuaca pihak berkuasa Jordan mengatakan negara ini akan dilanda ribut kuat diikuti pula dengan ribut salji. Cuti umum telah diumumkan dan peperiksaan taujihi juga telah ditangguhkan. Taujihi ialah peperiksaan kelayakan universiti atau bahasa mudah ialah SPM jika di Malaysia. Malam ini terasa begitu berbeza sekali. Deruan angin yang kuat agak menggetarkan jiwa. Pintu bilik yang terkuak-kuat melanggar-langar dinding. Tertanya-tanya bagaimana nasib pelarian syria yang hanya bertemankan kemah disana dan warga palestin nun disana. Semoga kalian kuat. Maafkan kami umat islam yang lena ini.

   Gembira ku jadi derita mu. Aku sangat agak excited menunggu salji sebenarnya tapi aku tahu mereka menderita. Bila gembira kita menjadi derita buat yang lain, i feel so powerless. Sometimes I think it's just how world works. Akan sentiasa ada ketidakadilan. Di suatu tempat seorang tua mambanting tulang sepanjang hari untuk sebuku roti dan di suatu tempat lain seorang kaya dihidang makanan memenuhi meja raja tapi akhirnya hanya menyentuh sesuap sahaja. Dan seorang remaja merungut baju sejuknya kurang cantik tapi disuatu tempat lain seorang remaja pelarian menyelongkar tong sampah mencari baju terbuang. This world is so unfair.

  Aku pening memikirkan ini semua hinggalah aku melihat balik maksud adil itu sendiri. Ya, tak adil dari sudut sempit aku. Akhirnya aku faham, kerana sebagian kita menjadi ujian untuk sebahagian yang lain. Yang ditimpa ujian kemiskinan kesusahan dan kelaparan itu diuji jelas imannya, dan yang lain diuji dengan ujian yang lebih sukar. Kesenangan dan kemewahan lebih berat ujiannya. Apa kamu bantu saudaramu ? Apa kamu mengira ia milik kamu ? Sungguh dunia ini amat berat tipu helahnya.


4.04 am
7 Januari
Bait Badar, Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan