Rabu, 31 Disember 2014

2014 dalam kenangan



      Aku nak tulis sesuatu sebagai penutup kalendar tahun ni, tapi aku takde idea nak tulis apa. So aku nak repost balik jelah yang aku baru post kat instagram aku



It's just a date actually
But it's okey
We love to celebrate things
So just do what we love to do

Sun rises in the east
FACT
Sun neither rises nor sets
Only earth rotates

Moral :
Education spoil our commonsense



    Ini pendapat akulah. Semua benda ni rekaan dan ciptaan manusia je.  Ada juga orang kata, "time does not exits, clock does.Dan macam-macam lagilah yg mengambarkan bagaimana kita dibentuk untuk berfikir dalam lingkungan kotak tu je.


    Okey. Sekarang rasa ada idea sikit nak tulis apa. Aku nak cerita sikit apa yang aku dah lalui tahun ni. Awal tahun 2014 aku berada di Nilam Puri, menyelesaikan semester 2 dan semester khas. Maka pada 10 Mei 2014, aku dengan rasminya menamatkan asasi pengajian islam Universiti Malaya. 

   Selepas dua minggu lebih bercuti, aku mendapat tawaran ke Jordan. What Jordan ? Nak pergi ke tak ni ! Kena berpisah dengan kawan-kawan nilam puri, kami dah berjanji setia untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke UM KL. Ia keputusan yang sangat sukar. Sepanjang di Nilam Puri, nama umkl sangatlah popular. Ia sering disebut-sebut kerana kami sering diingatkan untuk mencapai tahap yang ditetapkan untuk melayakkan diri ke ijazah pertama. Tiada jaminan walaupun kami telah bergelar mahasiswa Universiti Malaya. 

   Jika aku meneruskan ijazah pertama aku di Universiti Melaya, aku hanya memerlukan 3 tahun setengah untuk menamatkan ijazah pertama aku, selepas itu aku boleh mendapatkan perkerjaan yang aku nak (but honestly, aku dah takde cita-cita masa tu)

   Tapi kalau aku ke Jordan, aku memerlukan 4 tahun untuk ijazah, setahun setengah untuk DPLI (diploma pendidikan lepasan ijazah), dan lepas tu aku kena jadi cikgu selama 8 tahun (ada dalam kontrak) . What ? Cikgu ? 8 tahun ?

   Akhirnya aku memilih jordan walau terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal, dengan harapan ia dapat menghibur hati ini, aku atur langkah dan aku tetapkan hati ini, inilah jalan yang aku pilih. 




11.55 pm
31 Disember 2014
Bait Badar, Irbid

Jumaat, 26 Disember 2014

Kalimat indah dari Dr. Aid Al Qarni

عبارة جمیلة للدكتور عائض القرني ـَـَََـَ              
Kalimat indah dari Dr. Aid Al Qarni

         نحن لا نملك تغییر الماضي

Kita tdk bisa merubah yg telah terjadi

            و لا رسم المستقبل ..

Jg tdk bisa menggariskan masa depan

         فلماذا نقتل انفسنا حسرة

Lalu mengapa kita bunuh diri kita dgn penyesalan?

        على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Atas apa yg sdh tdk bisa kita rubah

  الحیاه قصیرة وأهدافها كثيرة

Hidup itu singkat sementara targetnya banyak

             فانظر الى السحاب
           و لا تنظر الى التراب ..

Maka, tataplah awan dan jgn lihat ke tanah

           اذا ضاقت بك الدروب
             فعلیك بعلام الغیوب
      و قل الحمدلله على كل شيئ

Kalau merasa jalan sdh sempit, kembalilah ke Allah yg Maha Mengetahui yg gaib!
Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja.

 سفينة (تايتنك) بناها مئات الاشخاص

Kapal titanic dibuat oleh ratusan orang

وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد

Sedang kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang

  الأولى غرقت والثانية حملت البشرية

Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

     التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya dari Allah swt

       نحن لسنا السكان الأصليين
          لهذا الكوكب الأرض !!
       بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )

Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah surga

           حيث كان أبونا أدم
            يسكن في البداية
           لكننا نزلنا هنا مؤقتاً
        لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
            ثم نرجع بسرعة ..

Tempat, dimana org tua kita, Adam, tinggal pertama kali.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,
Untuk menyelesaikan ujian lalu segera kembali.

فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير

Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah org2 salih, Yang akan kembali ke tanah air yg sgt luas
Jgn sia2kan waktumu di planet kecil ini..!

الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخره
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنه،
والآخر في النار

جعلني ربي واياكمَ من سكان جنته..

Perpisahan itu bukanlah karena perjalanan yg jauh,
Atau karena ditinggal orang tercinta,
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di surga dan yg lain di neraka.

Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni surga!

والحياه ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب .  تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,
Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau siksa.

فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم  سلطانك

Maka, Hiduplah utk Allah niscaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.

Ya Rabb utkmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

Khamis, 25 Disember 2014

Malam Christmas di Urdun


   Ia malam yang sunyi sebenarnya. Malam ni aku mengelak dari semua aktiviti. Sebenarnya ada dua program yang patut aku hadiri malam ni, satu ialah program PUTRA, badan kebajikan anak negeri terengganu. Keduanya ialah study group.

   Kedua-duanya sangat penting sebenarnya. Program putra ni dapat "mengenalkan" aku dengan anak-anak terengganu yang lain. Sekarang ni aku memang tak kenal orang. Kadang tu asyik jumpa muka baru je sampai aku tertanya-tanya sendiri "berapa ramai lagi yang aku tak pernah tengok ni" . Sampai begitu sekali jadinya. Kalau bab nama lagi lah teruk. Selalu jumpa selalu berbual selalu bertegur sapa tapi tak ingat nama. Adoi. Study grup. Sangat membantu bila ada orang yang nak tolong ajarkan. Dalam kuliah kebanyakan aku akan termenung sendiri. Aku cepat hilang fokus bila letih. Letih cuba menangkap kata-kata Doktor.

 Jadilah malam ni malam yang sunyi dah kosong. Aku rasa jiwa aku letih. Sejak sampai sini, banyak sangat yang berlaku. Menyesuaikan diri dengan cuaca dan budaya satu hal, mengerah diri mengikuti program satu hal, melawan syita' untuk ke kuliah satu hal dan satu hal lagi ialah berperang dengan syita' untuk membuat hal-hal lain . Setelah bekenalan sedikit sebanyak dengan syita' ni, aku membuat satu kesimpulan. Manusia juga mamapu berhibernasi.

 Tak semeriah di Malaysia. Sambutan Chrismas disini tak begitu terasa. Hadirnya hanya disedari disebabkan adanya cuti umum. TV. Mungkin sebab disini kami tak tengok tv jadi tak terasa sambutannya. Biasanya di Malaysia, TV akan dipenuhi dengan iklan, drama dan movie berkaitan dengan Christmas. Mungkin juga bilangan mereka yang minoriti disini.

 Aku menulis ni bukan nak cakap pasal chrismas pun cuma gembira sebab ada cuti je. Gembira sebab nak guna kesempatan ni untuk merehatkan diri. Semoga dapat balik semangat sebab banyak benda aku nak buat disini. Aku nak kembali memburu sasaran-sasaran aku itu.


2.18 AM
25 Disember
Bait Badar, Irbid

Isnin, 22 Disember 2014

Diterjah angin kebosanan



        Tarikh 16 Disember telah dilewati, ini bermakna telah genap tiga bulan aku disini. Aku mula diserang angin bosan. Bosan dari semua benda. Aku benci bila perasaan ni hadir. Letih aku cuba mengusirnya tapi ia tetap disitu. Rutin-rutin harian ni, tulisan-tulisan arab ini, kuliah termenung ini dan denai-denai ini. Semuanya beku ditiup angin syita' .

         Hari ini aku cuba membakar obor untuk mengusir kesejukan syita' ini. Aku atur langkah menuju jamiah. Pagi ini seperti biasa aku ada markaz lughah. Dua puluh minit terasa begitu cepat. Fikiran ku menerawang jauh. Muka-muka arab urdun jadi perhatian aku disepanjang jalan. Bukan ragam dan perangai mereka yang bermain dalam fikiran tapi tersedar aku anak melayu.

         Tersedar aku anak melayu yang diberi peluang untuk berada disini. Beribu-ribu kilometer dari tanah air, tercampak aku di tanah afrika ini. Peta dunia terhampar di depan ku, otak ku ligat menanda tanah air ku dan tanah urdun ini. Mahasuci Allah. Membayangkan bumi ini cukup untuk memeningkan kepala aku. Pening kerana terlalu menabjubkan dan terlalu indah. Diatas ku ini terletaknya eropah. Ditepi-tepi ku ini pula terdapat boneka-boneka mereka.

         Aku anak melayu. Persoalan yang berlegar-legar sepanjang hinggalah sampai ke kelas. Selesai kelas aku pulang. Buku lansung tidak disentuh. Masa habis terbuang ke mana pun aku sendiri tidak tahu.

 Aku bosan
Aku jemu
Aku tak tahu
Aku tak faham


10.01 PM
22 Disember
Bait Badar, Irbid
        

Rabu, 17 Disember 2014

terimalah aku



   nang nan... nang ngang ngan..... sayup-sayup telefon nokia legend aku berdering. Pantas ku capai lalu ku tatap skrinnya. Hati berdegup kencang. Lintasan namanya hadir bersama seribu persoalan. Aku tekan butan hijau lalu memberi salam "Assalamualaikum". Salam ku dijawab. "Ini Zakuan kan ??" soalnya. "Ya Saya" . "Anta free tak sekarang ? Ada benda nak bincang ni. "Ya, ya free je. Ada apa ea?" jawabku. Debaranku memuncak.

   Ternyata telahan ku melesat. Ku sangka permintaan ku ditolak tapi ternyata benda lain yang dibincangkan. Alhamdulillah nampaknya urusan ni semakin dipermudahkan

Terimalah aku
terimalah aku menjadi tetamu-Mu
ingin ku menjejak kaki ini
memijak debu-debu itu
dan tanah itu
dan merasai angin itu
yg padanya tersimpan seribu cerita

   Selepas tamat perbualan, aku menoleh ke tepi. Ku lihat tualaku yang dulu putih sudah menjadi kusam. Hati ku ini pula bagaimana.

Aku takut
aku takut andai dosa-dosaku ini menghalangku

aku takut

Ya Allah aku berlindung dengan redhaMu dari marahMu
aku berlindung dengan 'afiatmu dari hukumanMu
aku berlindung denganMu dari tindakanMu
Tak dapatlah aku ini unuk menghitung pujian padaMu
Engkau itu Ya Allah sebagaimana yg Engkau puji diriMu


1.47 am
Selasa 17 Disember
Bait Badar, Irbid

Sabtu, 13 Disember 2014

syair 1



Hukum kematian manusia masih terus berlaku,
Kerana dunia juga bukan tempat kekal abadi,
Adakalanya manusia menjadi penyampai berita,
dan esok hari menjadi bahagian dari suatu berita,
Ia dicipta sebagai makhluk yang senantiasa galau nan gelisah,
Sedang engkau mengharap selalu damai nan terteram,
Wahai orang yg selalu ingin melawan tabiat,
Engkau mengharap percikan api dari genangan air,
Kala engkau berharap yg mustahil terwujud
Engkau telah membangun harapan di bibir jurang yg curam
Kehidupan adalah tidur yang panjang,
Dan kematian adalah kehidupan
Maka manusia diantara keduanya ,
Dalam alam impian dan khayalan,
Maka selesaikan segala tugas dengan segera,
Nescaya umur-umurmu akan terlipat menjadi lembaran-lembaran sejarah yg akan ditanyakan,
Kuasailah waktu kerana ia dapat menjadi sumber petaka,
Dan zaman tak akan pernah betah menemani anda,
Kerana ia akan selalu lari meninggalkan anda sebagai musuh yg menakutkan,
Kerana zaman memang dicipta sebagai musuh orang- orang bertakwa.

Sabtu, 15 November 2014

andai hidup ini......



andai hidup ini sebuah buku
ingin ku terus menyelaknya

andai hidup ini sebuah kembara
ingin ku terus melangkah

andai hidup ini sebuah sungai
ingin ku terus menyusurinya

takkan ku berhenti
walau sepahit mana pun ceritanya
walau sesukar mana pun perjalanannya
walau sebanyak mana pun likunya

kerana selepas yang pahit itu ada yang manis
kerana selepas yang sukar itu ada kesenangan
kerana selepas yang berliku itu ada lembah yang indah

aku ingin belajar banyak perkara
aku ingin mencuba semua benda
dan aku ingin menjelajah alam ini

2.15 am
Sabtu 15 November
Bait Badar, Irbid

Jumaat, 7 November 2014

always enjoy the moments....



Anak kecil mengatakan,
ketika aku menjadi remaja nanti
sedangkan yang remaja berkata,
ketika nanti aku menjadi seorang dewasa
dan nanti aku kahwin

Lalu apa yang terjadi setelah fasa-fasa itu dilewati ?
ketika sudah benar-benar tua,
ia pun melihat kebelakang 
ia pun diserang angin yang sangat dingin.
Dia telah kehilangan kehidupannya yang telah lewat tanpa merasa walau sedetik.

- DR. 'Aidh al-Qarni



Inilah kehidupan. Jangan pernah mendahului apa yang belum tiba masanya. Hidup ini hanya sehari. Semalam telah pergi dan hari esok belumlah datang. Janganlah sesekali menggadai hari ini yang ada pada kita ini untuk memikirkan hal-hal semalam atau bimbangkan hari esok.

Always enjoy your moment. It only comes once in a lifetime. Sejak dua menjak ini aku belajar beberapa perkara, betapa setiap feeling itu sangatlah bermakna. Cuba ingat balik, berapa banyak dugaan dan cabaran yang telah kita lalui. Kesedihan dan tangisan hari itu kini menjadi senyuman di hari ini. Begitulah juga kesedihan hari ini akan menjadi sesuatu yang indah di masa depan. Jadi untuk setiap tekanan, kesedihan, dan stress yang kita hadapi, laluinya dengan enjoy. Ingat betul feeling itu, catat di buku dan suatu hari nanti kita baca balik. Percayalah ia akan jadi sangat seronok. Akhirnya kita akan tersenyum sendiri melihat perjalanan hidup kita sendiri. Rupanya inilah yang dimaksudkan dengan takdir setiap hamba telah tertulis sebelum penciptaan alam lagi.

(Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan dia telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.)
 Al-Hadid : 22

11.42
Jumaat 7 November
Bait Badar, Irbid





Sabtu, 1 November 2014

cerita manusia angkuh dengan tuhan

The man who built the Titanic was asked, How safe would the Titanic be? With an Ironic Tone he said: "NOT EVEN GOD CAN SINK IT" & we all know what happened to the Titanic..

Tancredo Neves President of Brazil. During a campaign, he said he got 500,000 votes for his party, Not even God would remove him from Presidency. Sure he got the votes, but he got sick & died a day before being made President..

Cazuza Brazilian singer & poet. During a show, while smoking his cigarette, he puffed out some smoke into the air & said: "God that's for u". He died at the age of 32 of LUNG CANCER in a horrible manner..

Allah SWT says in the holy Qur'an "Do not walk proudly on the earth: your feet cannot cleave the earth nor are you as tall as the mountains". Surah Isra (17:37)

Put aside your pride, Set down your arrogance, And remember your grave. - Saying of Ali ibn Abu Talib (radi Allahu anhu)
Please take part in this & forward it to all Muslims and let everyone take part in the Dua.

Ya Allah don't take my soul away until you are happy with me:
Ya Allah give me a death of a shaheed.
Ya Allah grant me death while I'm in sujuud.
Ya Allah let the last words of my life be the Shahadah.
Ya Allah If I die in my sleep let My heart beat the Zikr of Allah.
Oh Allah, the guider of the lost soul forgive the entire Muslim Ummah!
Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Muslim Friends. Ameen Ya Rabb
.

aku ada 25 jam

31 Oktober 2014

  Daylight saving. Satu istilah baru untuk budak baru. Hari ni, 31 Oktober 2014, tepat pukul 1 pagi, jam di-undo balik atau di-reset balik jadi pukul 00.00 . Aku macam ' sodap-sodap dia jah nok ubah masa' . Walaupun pelbagai penerangan telah diberikan, aku masih tak faham sepenuhnya. Mungkin akan lebih faham bila situasi siang lebih pendek nanti berlaku.

 Pukul 6 pagi kami mula main futsal. 6 pagi ? Ye 6 Pagi. Nampak macam awal sangat kan, yelah sebab otak kita masih otak malaysia. Rentetan jam di-undo sejam, semua jadual lain turut berubah, subuh jadi 4.40 pagi. Perghh habislah aku. Pukul 6 tu, waktu subuh dah habis, bumi pun dah terang benderang. So, mainlah futsal sampai pukul 9. Lembik.

 Hari ni juga ada SUPERB -Sukan Permai-. Jadi penonton jelah. Agak sedih juga sebenarnya bila stadium tu kosong. Sikit sangat yang hadir sedangkan ni adalah Sukan Universiti.Tambahan hari ni orang besar dari kedutaan datang untuk rasmikan majlis pembukaan. Rata-rata yang datang pun pelajar first year. Mana semua budak melayu irbid lain. Apa mereka sedang buat ? tido.study.game.runningman. Entahlah. Persoalan tinggal persoalan.

  Teringat, masa mula-mula sampai kat sini. Kami ada MTS, Minggu Taaruf Siswa. Topik yang paling hangat dibincangkan ialah 'escapism'. Masing-masing bagi pendapat yang kencang-kecang. Jemaah-jemaah yang ada dikatakan punca utama kurangnya kehadiran dalam program permai. Katanya lagi 'pertembungan program permai dan program jemaah menyebabkan pelajar tu terpecah kepada banyak kumpulan akhirnya kehadiran jadi sangat sikit. Dan beberapa lagi sebab lagi yang debentangkan tapi semuanya menjurus kepada isu-isu jemaah.

Tapi hari ni
hari ni


   Pandangan aku berubah 100 peratus. Berapa kerat je yang datang. Sedih giler. Aku budak baru disini, bila dengar SUPERB, fuh sukan permai ni mesti grand, mesti seronok giler, mesti penuh stadium nanti. Tapi hakikatnya. entahlah. aku rasa xde kaitan lansung isu hari ni dengan jemaah. Aku rasa masalahnya ialah tido. Itulah. Isu sebenarnya ialah diri kita sendiri. Manusia ni dia memang sentiasa berperang. Bangun subuh pun berperang kan. hurmmm

Hari ni aku masak

   Masak yang senang-senang je. Aku buat ayam masak merah. Kawan aku terkejut tengok masakan aku. Dia kata "banyak giler minyak" . "Memang macam tu" jawab aku sambil tersenyum. Haha. Sebenarnya aku sengaja pilih ayam masak merah cara ni. Sebenarnya tak banyak pun minyak tapi ader la sikit. Kawan aku letakkan ayam atas dulang yang nasi telah siap menunggu lauknya. Aku kata 'ambil ayam saje jelah, biar kan minyak tu disitu. Minyak tu untuk personal use only." haha. Akhir sakali habis 2 orang lagi kawan aku terikut sekali style aku, ambil minyak buat jadi kuah. Sedap. Rasa tumisan bawang putih dan bawang besar, manis-manis skit, rasa pedas-pedas sikit. fuh mantap.Bila dah berkongsi rumah, berkongsi jugalah style masakan yang memang macam-macam. Takpe, yang penting sedap.

Panjang hari ni. 25 jam. Lepas solat maghrib, solat isyak, siap masak, siap makan, baru pukul 8 pm.
Hari yang hari yang betul-btul panjang. Bukan secari majazi sahaja malah hakiki dan majazi sekali


8.30am
Sabtu 1 November
Bait Badar, Irbid

Rabu, 29 Oktober 2014

imtihan awal li fasli awal



   Tajuk arab sket hari ni. Alhamdulillah selesai imtihan awal. Dua paper jah padahal, sini guna istilah madah utk subjek. Orang akan tanya "anta ambil madah apa ? Doktor mana? Buku Apa? " . Ini soalan lazim lah. Setakat ni masih belum jemu menjawab walaupun soalan yang sama diulang-ulang, malah orang sama pun ada tanya soalan sama. Bukan sekali dua, tiga empat kali pun ada. huhu. Takpolah, tak kisah pun, modal untuk berbual, kalau tak akan jadi.......... krik krik krik.

   Hari ni balik rumah dengan perasaan yang sangat lega. Lega dari kekusutan dan ketakutan khayalan budak first year. Sebenarnya masih ada imtihan untuk markaz lughah tapi imtihan ni tak rasa membebankan sangat. Satu lagi, imtihan tadi takleh jawab pun, huhu. Okeylah, semoga lebih ready untuk imtihan seterusnya. Kata orang bijak pandai, jauhi procrastination kalo nak berjaya. Kerja last minit ni tak cool tau sebab kita tak leh enjoy the moment, sedangkan orang yang bersedia dari awal, dia dapat menikmati semua saat itu. Some people enjoy the rain and others just get wet.


12.50 am
Rabu 29 Oktober
Bait Badar, Irbid

Khamis, 23 Oktober 2014

naqibku laut

khamis
16 oktober 2014

      Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah .... aku mengusap muka mengambil sunnah rasulullah seusai memberi salam. Kepala aku ditinggikan sedikit untuk melihat sekeliling mencari malizi yang lain kerana telah dihebahkan solat hajat akan dibuat selepas solat maghrib. Anak-anak melayu berpusu-pusu bergerak ke sayap kiri masjid jamiah untuk melaksanakan hajat yang sangat besar ini. Masalah yang sedang memuncak ini telah sampai ke tahap syiling. Malizi tak boleh bertolak ansur lagi. Saf-saf dibentuk, lalu takbir diangkat. Semoga Allah memakbulkan doa kami, doa orang-orang yang dizalimi. Sejak hari raya aidil adha lepas, rumah-rumah anak melayu telah dipecah masuk. Setiap hari ada yang menjadi mangsa, beribu-ribu jodan dinar telah dilesapkan meninggalkan mangsa dalam keadan hanya tuhan yang tahun.

   Selesai solat, aku bersama Hanif bergerak ke rumah naqib kami untuk ber 'bulatan gembira' . Ini adalah, bulatan gembira rasmi yang kedua kami. Kali ini berjalan di rumah naqib kami sendiri. Kami bergegas kerana takut terlambat tapi rupanya kami yang paling awal. Bila semua dah sampai barulah kami bergerak masuk ke rumah naqib kami, abang Hakim Othman. Perpustakaan mini beliau menjadi tempat bulatan malam ni. Aku melihat sekeliling dengan penuh kagum. Penuh. Penuh dengan buku-buku. Kitab. "patutlah hebat orangnya" getus hatiku.

 Perbincangan malam itu berkisar tengtang hala tuju usrah kami sambil beliau rancak bercerita tentang buku-buku beliau. Satu persatu nama penulis disebut dan kebanyakannya, aku tidak kenali. Aku dapat lihat kesungguhan beliau bercerita tentang buku-buku, dari buku tafsir quran kepada syarah hadis, dari buku akidah hingga buku fikrah. Satu persatu dikupasnya sehingga aku tenggelam sekali ke dalamnya. Satu dunia yang baru bagiku. Entah mengapa, tidak semena-mena aku jadi sangat teruja.

 Sebelum pulang, aku meminjam sebuah buku " di hamparan shamrock, ku seru nama mu". Sebuah buku tentang liku-liku hidup yang dilalui oleh Ustaz Hasrizal. Dari liku-liku itulah beliau menjadi manusia hebat berjiwa besar, dan jauh jangkauan akal. Aku menghabiskan buku ni dalam masa semalam. Rekod. Sangat jarang dan rare bila aku habiskan buku dalam semalam. Tapi buku ini sangat hebat. Banyak inspirasi dan semangat juang  yang aku dapat.

Itulah ceritanya kali ini.
Berkawan dengan penjual minyak wangi
kita pun jadi wangi sekali...

12.37am
23 oktober 2014
Irbid

Rabu, 15 Oktober 2014

salam buat sang fajar


Salam buat sang fajar
lihatlah hari ini
sebab ia adalah kehidupan, kehidupan dari kehidupan
dalam sekejap dia telah melahirkan berbagai hakikat dari wujudmu
nikmat pertumbuhan
pekerjaan yang indah
indahnya kemenangan
kerana hari kelmarin tak lebih dari sebuah mimpi
dan esok hari hanyalah bayangan
namun hari ini ketika anda hidup sempurna
telah membuat hari kemarin sebagai impian yang indah
setiap hari esok adalah bayangan yang penuh harapan
maka lihatlah hari ini
inilah salam untuk fajar.
(Dipetik dari buku la tahzan - DR. 'Aidh al-Qarni)


Aku tak pernah bosan baca buku ni. Jauh dari Malaysia aku bawa buku ni. Sampai korbankan kamus semata-mata nak bawa buku ni. Terbaca lagi tadi jadi nukilkan sikit di dinding ini.

Hari ini, genaplah sebulan aku disini. Apa yang aku dah belajar ? Apa yang aku dah dapat ? Terlalu banyak untuk diperkatakan tapi cukuplah aku kata 'aku gembira sekarang' . Terima kasih Allah untuk perjalanan ini.

11.48 pm
15 oktober 2014
Irbid

Rabu, 8 Oktober 2014

Week 3

Selasa 7 Oktober 2014
Week 3

       Hari ni genap 3 minggu aku disini. So, apa yang aku dah dapat dalam tempoh tu. Banyak. Sebelum tu kita cerita pasa hari raya aidil adha dulu. Disini, -Jordan- raya jatuh pada hari sabtu tapi di Malaysia, raya jatuh pada hari ahad. Atas beberapa foktor. Aku pun faham sikit-sikit je. Jadi. Excited lah si perantau ni nak beraya di perantauan. Merasai sendiri pengalaman yang sebelum ini hanya dikhayalkan berdasarkan cerita-cerita orang.

      Sehari sebelum raya, warga kpm Alhamdulillah dengan jayanya berjaya buat program bersama-sama. Berkenalan dengan generasi pertama -kami gerasi kedua- kemudian ber 'bbq' . Part ni paling best. Awal tu rasa macam, "mesti bosan program ni", tapi telahan ku ternyata tersasar jauh. Bertempat di bumbung bangunan serta berbumbungkan langit biru. Perhgg. Siap dapat tengok matahari terbenam lagi. Rasa feeling semacam. Bila matahari mula berlalu pergi sambil memanggil bulan datang mengganti, bumi Irbid jadi keperangan. Sinar cahayanya masih gagah mewarnai bangunan-bangunan di bumi irbid ini. Aku seperti 'indahnya pemandangan' . Semua orang sibuk bergambar termasuklah aku.

     Solat Maghrib. Tikar dihampar, saf disusun, takbir pun bergema. krik krik krik. Solat yang sangat indah. Terasa kebesaran tuhan bila solat berteman bulan dan bintang. Kegelapan malam yang menemani menambahkan lagi rasa itu. Patutlah, dulu Rasullullah solat hari raya di padang. Ada sesuatu disitu yang tak dapat terengkan oleh mata pena.

    Selesai program, aku diminta untuk hantar makanan ke rumah kawan -kawan dia dan juga kawan aku-. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa jugak. Dah banyak berubah kawan aku ni sorang. Aku jadi classmate dengan dia dari form 1 hingga lah form 3 . Lepas tu dia pindah sekolah. Selepas 3 tahun lebih, hari ni baru ada kesempatan jumpa. Itupun hanya untuk beberapa minit. Sebab aku dah letih sangat, nak balik rumah nak mandi nak tidur sebab esok raya. 
   

   Pagi raya. Pukul 6 pagi aku tersedar, pantas ku mengambil wudhuk dan terus solat. Disini pukul 6 pagi bermaksud anda lewat, sebab dalam 6.15, waktu subuh dah habis. Sangatlah berbeza dengan Malaysia. Bangun pukul 6 pagi ni, awal la lagi. Setelah 3 minggu, aku masih struggle untuk menyesuaikan diri dengan waktu disini. Selesai solat aku dengan bersemangatnya, menggosok baju melayu. nak raya kan. Bila aku nak masuk bilik air, dah ada orang dalamnya.okey. Menunggu dengan penuh sabar. Usai mandi, aku bergegas mengenakan pakaian yang baru digosok dan masih panas itu. Laju aku bergerak keluar dari rumah.
tapi..tapi..tapi.....

   Ku lihat manusia sedang keluar dari masjid. Apakah maksud semua ini.Tidak. Ini tidak mungkin. Tak mungkin. Aku menoleh ke belakang, perlahan-lahan aku pusingkan badan. Sambil menundukan kepala, kaki aku melangkah kembali ke bilik sambil hati menbentak-bentak. Hanya mampu mengenang nasib diri sendiri di pagi raya. Tamatlah kisah pak pandir di pagi raya. Walaupun sedih di pagi raya tapi, sedikit demi sedikit aku kembali terhibur dengan ragam syabab-syabab perkasa di rumah terbuka. Di malamnya, aku tersenyum sendiri. "pengalaman" bisik hati ku.

12.03 am
8 Oktober 2014
Irbid

Khamis, 18 September 2014

Day Two at Irbid


Rabu 17 Sept 2014
Day Two


            Bunyi alarm yang membingit telinga menggangu tidur aku namun masih belum mampu menewaskan semangat tidurku. Akhirnya azan subuh berkumandang, maka bergegaslah seluruh warga rumah ini bangun menyiapkan diri. Aku jadi yang terakhir. Masjid Abdul Rahman al-tal betul berada di depan tanggan rumah aku. Aku yang kelewatan ini bergegas turun, kelihatan gerombolan arab keluar dari masjid dan dicelah-celahnya dapat dilihat beberapa anak melayu. "arrghh" aku telewat. Aku melajukan langkah sambil berharap masih ada yang sedang bersolat. Ternyata benar. Aku berimamkan pakcik arab yang sedang bersolat berseorangan. Balik sahaja kerumah, warga rumah yang lain semua berada di ruang tamu. "Kita baca mathurat pagi ni" kata Afifi, senior di rumah ni. Laju hati aku berbisik "lama dah tak baca mathurat ni, bagus jugak hari-hari awal aku disini dimulakan dengan kalimah indah dari tuhanku.

          Seorang lagi senior, Abang Mursyid ajak keluar sarapan. Aku okey je. Perut memang dah lapar. Kami bergerak ke kedai arab yang namaanya entah apa. Abang tu order, bila sampai aku cuba rasa. tidaakk. Tak boleh nak telan. Tapi dah lapar, letak perasaan tepi, makan je. Aku nak terangkan pun tak pandai. Okeylah, lepas ni memang kena masak lar.

         Pukul 9.45 kami bergerak dari rumah menuju ke Universiti. Cuak kot sebab kami ada ujian penempatan(placement test). Sampai kat tempat ujian tu 10.05 am, lewat 5 minit. Mujur belum mula. Ujiannya secara berkomputer, soalan objektif je, ada 4 bahagian. Bahagian yang pertama tu uji perkatan, bahagian kedua uji perkataan seerti, bahagian ketiga uji qawaid, bahagian ke-4 uji tahap pemahaman. wohooo susah bhai. Takpelah. Buat rilek. Jadi diri sendiri. Aku tak pandai. So what ? Aku memang tak pandai tapi aku nak jadi tak pandai. Orang lain tak perlu susah-susah nak judge aku key. Kalau nak tolong, alhamdulillah, kalau nak judge aku, shhuuuhhh men jauh nuh.

       Selesai exam tu, aku ikut mentor aku sebab dia ada urusan yang belum selesai. Berpusing-pusing jugak la. Boleh kenal universiti. Sampai je di bangunan tempat tasjil madah, fuh. Sesak macam pasar tani. Pemandangan asing la bagi budak baru macam aku. Bila dah settle urusan mentor, kami pergi cari makan di kedai melayu. Baru hari dua, dah rindu masakan melayu. Tapi sayang, lauk dah habis, tinggal roti canai je. Okeylah, roti pun rotilah, asalkan ada aura melayu.

      Malam tu keluar lagi. Kali ni pergi rumah mentor. Dia buat coklat cookies. Sedaaap. Lepas makan cookies, rasa lapar. Yelah mana kenyang makan biskut jadi keluar lagi cari makan. Kali ni makanan memang sedap. Roti arab, fries, ayam seeekor dibelah dua. Memang makan besar la. Rasa dia macam ayam kfc cuma takde tepung tu, tapi memang sedap. Yelah ayam kan. Ayah aku selalu cakap"budak-budak, asalkan ayam, semuanya sedap'.  hurm ada betulnya jugak ye. Masa tengah makan tiba-tiba dapat call dari kakak aku, dia tanya aku dimana sebab dia nak bagi benda. Akhirnya bertemulah kami kakak dan adik setelah sekian lama tak berjumpa. epik kot.
Sekian cerita hari ini

7.55 pagi
18 Sept 2014
Irbid Jordan

Rabu, 20 Ogos 2014

Untuk kali pertamanya

Jumaat 15 Ogos 2014

     Beberapa hari ni aku buat benda yang tak pernah aku buat sejak berada di dunia ini. Hari ni aku tengok wayang untuk kali pertamanya. Iye. First time. Sound weird right. Macam tak caye je. Well aku kan budak republik of besut. Paling jauh aku pergi pun kota baru takpun kuala terengganu. Mana ada wayang bagai ni. Pada usia 18 tahun 11 bulan barulah aku jejakkan kaki ini ke panggung wayang. 15 ogos, betul2 sebulan sebelum tarikh aku dilahirkan 15 sept. Hurm birthday. Fitrah kita. Kita suka bila diraikan. So raikan je lah. Tak nak takpe. Ade orang tak kisah, ade orang tak kisah.


     Berjaya megamall kuantan. Remember the place. Pukul 6 pm aku janji dengan faizz nak pergi dengan bus rapid kuantan tapi ada rezeki, kak long aku sudi nak hantar. Sampai je cari makan sikit kemudian terus pergi beli tiket. Solat dulu baru masuk. Nervous kut. First time katakan. Haha. Dalam panggung tak ramai pun orang. Dapatlah lihat pasangan-pasangan anak melayu yang sedang tenggelam dalam indahnya dunia. Aku fikir jap, aku masuk panggung ni bukan tenggelam dalam dunia jugak ke.

    Haram ke tengok wayang ? Kalau haram apakah yang menyebabkan ia haram. Sebab wayang adalah tempat maksiat jadi mukmin kena jauhkan diri. Maksiat apakah yang dimaksudkan ? Berdua-duaan di tempat gelap. Tayangan yang menunjukkan aurat. Erm apa lagi.

   Tapi kita bukan pergi berdua-duaan. Bukan nak tengok yang buruk-buruk tu. Camne pulak yang ni ?
  
    Apa beza wayang dengan bus. Kalau dalam bus malam pun ramai je couple dalam tu. Berdua-duaan, tempat gelap malah semalaman bukan sejam dua. Jadi adakah bus haram ?
  
  Movie dan drama dalam tv, komputer, smartphone dan apa2 aja yang boleh play benda tu. Adakah haram juga tv, komputer dan smartphone itu ?  Banyakkan persoalan.....

 Marilah kita kita lihat satu hadis ni, mungkin kita dah biasa tapi jom kita lihat dan teliti sekali lagi. Hadis ni ada dalam hadis 40 imam nawawi.

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim
   Ini adalah satu garisan jelas yang diajarkan oleh agama kita. Kita boleh buat pilihan nak bermain di kawasan syubhah itu atau tinggalkan sahaja.

  Persoalan yang aku timbulkan aku tak jawab lagi. Malas lah nak tulis panjang-panjang. Fikir-fikir kan sendirilah.


   Lepas habis tengok wayang kami pun pergi ke pantai teluk cempedak. Aku tak sangka begitu meriah sekali sambutan orang ramai di malam hari. "Begitulah selalu terutama di hujung minggu" ujar faizz. Pelbagai aktiviti yang ada. Free style, nyanyi, main skate board dan pertunjukan ular. Aku rasa macam, macam apa eh. Macam tempat festival dalam tv gitu. Tepi pantai pula dipenuhi dengan orang ramai. Adu  beberapa kumpulan budak perempuan, kumpulan budak lelaki, yang bercampur baur pun ada, couple pun ada, geng macam aku dan faizz pun ada. Macam-macam adalah. Dari jauh nampak macam mereka sedang berbual sambil kelipan lampu kelihatan. Bila lihat dari jauh, jadi comel pulak tepi pantai tu sebab nampak obor-obor lampu je memenuhi pantai. 

   Bila dah letih pusing-pusing tempat tu sambil dengar lagu dari band jalanan yang lagunya bolehla, kami berhenti di kedai makan. Memang dah rancang nak makan kat situ sebab chicken chop nye murah katenya, RM5 je. Beratur punyalah panjang. Takpelah sebab 5 ringgit kan, Three word. Sedap kenyang borbaloi. Jam dah 4 pagi mata pun dah mengantuk.

   Cari tempat tidur. Inilah kali pertama aku tidur di pantai. Betul-betul tidur di pantai. Tak bawa apa-apa. Cuma aku bawa sweater je sebab sejuk. Beralaskan pasir berbumbungkan langit dan awan gelap kami pun tidur. Kunci jam dulu sebelum diulik mimpi kalau tak, subuh mentari atas kepala la jawabnya. Memang feeling habis lah sebelum tertidur. Angin sejuk dari pantai, langit gelap tak berbintang, pasir halus sejuk menusuk tulang. Subhanallah.

  Ding. ding ..dong ding dong ding.... mendayu-dayu alarm pun. Mujurlah tersedar jugak. Merayau-rayau kami mencari air. Nak guna air laut kan sejuk dan masin pulak. Pergi ke tandas, terkunci, Kedai pun tutup mujurlah ada terjumpa kedai yang buka. Minta izin dia penjaga nak ambil wudhuk. Alhamdulillah orang kita memang baik-baik semuanya. Maka berjemaahlah kami berdua.

  Selesai solat faizz memulakan agenda utama dia. Tangkap gambar matahari terbit. Aku ikut jelah, tengok-tengok cuba faham apakah yang sedang dibuatnya.


Bila mentari pagi garang menyinar bumi, kami membuka langkah menuju destinasi,rumah. Inilah cerita hari ini.

   

Jumaat, 15 Ogos 2014

tersesat di mid valley

Rabu 13 ogos 2014


    Aku menerima pelawaan rakanku, rofiq untuk pergi ke mid valley megamall lagipun aku sudah lama tidak kesana. Kali terakhir aku kesana ialah dalam 5 6 tahun lepas bersama family aku. Rabu 5.30 petang, kami berdua bergerak dari kk12. Kami terpaksa melalui blog kk12 perempuan untuk keluar dari kolej kediaman ini atau kami perlu menggunakan laluan kereta yang agak jauh. Menyusuri laluan di celah-celah blog penempatan pelajar perempuan dan menempuhi gerombolan mereka bukanlah perkara yang mudah. Suasana yang tidak pernah aku alami sepanjang di nilam puri. Rofiq berkata padaku " memang kau akan rasa pelik tapi lama-lama kau akan biasa ar. Aku dulu pun macam tu jugak masa mula-mula sampai dulu " . Aku cuma mengiakan kata-katanya. "Mungkin inilah bagaimana suasana mengubah manusia" getus hatiku. Ia sebenarnya bukanlah teruk cuma aku agak terasa beza biah nilam puri dan biah kl.

  Kami menahan teksi yang kebetulan berhenti di kk12 untuk menurunkan penumpang. Jadi kami tak perlulah berjalan jauh untuk keluar ke stesen bus. Pemandunya pula petah orangnya. Pelbagai topik yang disebutnya. Aku cuba mengorek kisah anak-anaknya. Rupanya anak-anaknya belajar tinggi-tinggi semuanya. Beberapa anaknya juga belajar di universiti malaya. Alhamdulillah.  Terpancar kebanggaan di raut wajah seorang ayah yang membanting tulang membesar anak-anak. Aku melihat jelas senyuman lebar di wajahnya ketika bercerita tentang anaknya. Pada hematku pakcik ini orang yang berjiwa besar. "Anak pergi ke stesen universiti ni nak pergi mana ? " tanya pakcik. "Kami nak ke mid valley" ujar rofiq. Pakcik tu tiba-tiba ketawa. Ujarnya, kenapa susah-susah pergi stesen, naik lrt sampai kl central sana pastu pusing datang balik. Dia ketawa lagi. Kami kehairanan. Akhirnya kami tahu mid valley tu dekat je dengan um jadi kami buat keputusan untuk minta pakcik tu hantar kami terus ke mid valley. Kelakar pulak jadinya. Aku ingat rofiq tahu, rupanya dia pun tak tahu. Tambang 7 ringgit lebih. Bolehla. Agaknya kalau kami main pusing-pusing dengan lrt tu,  mungkin lebih mahal.




    Tersesat di mid valley.  Kami berdua keletihan meronda mid valley yang sangat besar itu jadi kami lapar dan nak makan. Kami nak cari kfc je sebab rasanya makanan lain semuanya mahal. Misi mencari kfc bermula namun tak menampakkan kami berada di landasan yang betul. Somehow terjumpa food court. Cuba masuk tengok-tengok tapi aku rasa was-was. Malaslah nak buat benda yang hati tak tenang ni. Kami pun keluar. Sesat. "Kita balik jelah, kita makan kat cafeteria kk12" kataku pada rofiq. Akhirnya kami bersetuju untuk buat percubaan terakhir dan kalau tak jumpa jugak kami balik lagipun dah dekat dengan maghrib. Alhamdulillah terjumpa jugak kawasan makanan. Ada McDonald kfc Starbucks dan Domino pizza. Mcdonald Starbucks tak boleh. Boikot. Tinggal kfc or domino pizza. Akhirnya makan domino pizza. First time kut.

  Tersesat arah takpe, tesesat hidup ? Aku melihat anak melayu berdua-dua.
Aku melihat anak melayu berselfie laki perempuan bertempel-tempel.
Aku melihat anak malayu membalut badannya, membungkus auratnya.
Aku melihat anak melayu tidak segan lagi berpakain kuffar, tren katanya. Bereluar renang dan berbaju kelambu

    Aku termenung sendiri. Kenapa ? Salah siapa? Bagaimana mahu mengubatinya ? Aku melihat ilmu tidak lagi berguna. Aku melihat ilmuan di universiti malaya sendiri memilih mencampur adukkan lelaki dan perempuan dalam penempatan yang sama. Jadi ilmu ini untuk apa. Untuk memenuhi nafsu semata-mata. Aku pening sendiri.

   Non muslim lagi lah. Terasa bagai di negara cina. Rata-rata dipenuhi dengan cina. Bukan mahu rasis tapi cuma mahu bertanya. Aku tertanya apakah ideologi dan pemikiran mereka. Adakah perempuan hanya simbol seks ? Ditonjol dibuka semua tempat. Begitu murahkah harga perempuan. Apakah maksud wanita mulia disisi mereka ? Para wanita ini, mereka bangga kah menunjukkan kehormatan mereka ? Bagaimana mereka melihat dan memahami maksud kehormatan.
Lelaki. Entahlah. Tak pandai nak cakap pasal spesis sendiri ni. Mungkin lelaki inilah yang menjadi faktor wanita menjadi begitu. Aku tak rasa perempuan berpakaian begitu sebab perempuan lain. Aku bertambah pening.

    Menjadi lelaki muslim di abad ini bukanlah mudah.  Tv komputer dan pasar raya adalah pengikis terbaik iman seorang lelaki. Sampailah saat bila hati ini tidak lagi rasa berdosa dan tidak lagi punya malu, maka tahulah diri ini hati ini telah mati.



Rabu, 13 Ogos 2014

Warm welcome by apids at kk12




    Aku melewati kafeteria kelej kediaman ke-12 bersama rakan-rakan dari APIDS. Hampir 6 bulan kami tidak bertemu disebabkan keadan dan situasi yang tak mengizinkan. Kami juga ke kafeteria sebenarnya cuma tempatnya agak besar jadi kami melewati tempat makan dahulu sebelum tiba ke tempat jualan. Aku mengangkat pandangan aku melihat persekitaran. Terdapat pasangan-pasangan couple sedang bermadu kasih dan sekumpulan pelajar lelaki yang pada pengamatan aku, mereka baru selesai bersukan. Aku berfikir sejenak. Ada beberapa perkara yang terlintas dalam fikiran aku. Kemudian kami tiba di tempat jualan makanan. Banyak pilihan yang ditawarkan kerana system cafeteria ini mengunakan system food court. Aku sedikit janggal tapi cuba membiasakan diri jadi aku perhatikan mereka dulu barulah aku buat.

   Makanan dan minuman dah sedia. Jom makan. Rupanya ada budak APIDS yang puasa. Bagus lah mereka ni, tiba-tiba je jadi sejuk aku hati ni. Dari tadi aku cakap APIDS APIDS. Apakah mereka ini ? APIDS ialah singkatan kepada Akedemi Pengajian Islam dan Sains. Aku ialah pelajar API iaitu Akedemi Pengajian Islam. Selesai makan aku naik ke bilik bersiap untuk solat. Disini setiap blog disediakan surau yang terletak di aras tengah. Ada 7 aras, jadi surau terletak di aras 3, aras yang sama dengan bilik pelajar APIDS yang aku tumpang ni. System yang sangat menyenangkan. Selesai solat aku bertemu dengan budak APIDS lain. Kami berbual panjang setelah lama tak berjumpa. Gembira sangat rasanya bila masa tak memisahkan keakraban kita dulu. Lansung tidak terasa jangal walaupun telah lama tak bersua muka.

   Bilik yang aku tumpang ni adalah bilik Ali dan Faris. Ia menjadi centre kepada para APIDS lain. Mereka akan datang study atau lepak kat sini setiap hari tak kira siang atau amal asalkan ada waktu lapang. Jadi malam ni, bilik ni sangat meriah. Bertambah gembira lagi bila aku tiba-tiba jadi sebahagian daripada mereka walhal aku baru je sampai kat sini. Terasa manisnya ukhwah itu, ukhwah yang terbina di Nilam Puri terbawa sampai ke sini, Kuala Lumpur. Ternyata masa dan tempat bukanlah penghalang.

  Baru semalaman aku disini, tapi aku sudah jatuh cinta
  Sungguh berat kaki ini untuk melangkah pergi meninggalakan bumi ini
  Bumi yang menyimpan beribu memori dan kenangan
  Namun inilah hidup
  Tiada yang pasti melainkan mati


-B316
 Kelej Kediaman 12
 Universiti Malaya

 
    

Selasa, 29 Julai 2014

Raya Kedua - Mencipta Kegembiraan



   Tak sangka hari ni, aku gembira beraya. Entah tiba-tiba mood happy. Alhamdulillah. Ia bermula tanpa dirancang. Malam raya kedua, tidur rumah atuk. Dapatlah berbual bergurau senda dengan atuk dan sepupu sepapat. Hari ni pulak, melawat kawan yang kebetulan rumah dia di sebelah rumah atuk. Bila dah jumpa geng kamcing hati ni gembira la. Dari satu rumah ke satu rumah, jadi berjangkit pulak. Bila dah ada mood raya tu, tak kisah dah jauh ke dekat. Semangat nak jumpa kawan.

  Sebenarnya, memang dah lama merindui mereka. cewah. Bila masuk universiti, susah nak jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Bila kita pulang, mereka pula takde begitulah sebaliknya pun. Kadang-kadang semua ada kat kampung tapi tak dapat berjumpa mata sekadar bertegur di fb. Bertambah-tambah lah rindu itu. Akhirnya raya ni, diizinkan Allah untuk bertemu beberapa insan yang dirindui ini walaupun ada beberapa yang belum. ermm mungkin ini berkat raya. Terima kasih Allah.

 Rupanya di sebalik seruan baginda untuk saling ziarah-menziarahi terselit beribu hikmah. Kegembiraan raya itu perlu dicari rupanya bukan hanya sekadar menunggu.

  Aku ingat balik,raya lepas aku ziarah jugak rumah kawan-kawan tapi perasaan itu tidak sama. Apa yang menyebabkan ia berbeza ? Ada apa dengan tahun ini ?   Ya benar semua ini kerja pemilik hati ini tapi semua benda ada asbabnya. Jadi apa asbabnya ? Aku sendiri tidak tahu jawapannya.

 

Isnin, 28 Julai 2014

Mencari Erti Raya



     Alhamdulillah berjaya menamatkan larian ini walaupun tak beberapa bergaya. Moga diberi lagi kesempatan untuk bersama mu lagi.

     Malam Raya. Perasaan ini bercampur baur. Sedih. Tapi benarkah sedih atau aku cuma tidak lebih dari seorang hipokrit yang tak mahu dikatakan jahil apabila tidak bersedih atas pemergian mu. Gembira. Entah kenapa beberapa tahun kebelakangan ini, raya terasa tidak meriah dan menggembirakan. Dulu masa kecil, seronoknya bila tiba raya. Dari awal Ramadhan dah menghitung hari bila nak raya. Bertambah seronok lagi bila pulang rumah nenek jumpa sepupu, main bunga apa, kejar mengejar, seek n hide dan semua jenis permainanlah.

     Bila dah besar ini, semua itu dah hilang. Yelah kita semua dah besar, segan bila berjumpa, tiada lagi gelak ketawa dan kejar mengejar itu. Move on lah kan. Itu zaman kechik. Tak. Bukan taknak move on, cuma wondering tak boleh kah kemeriahan itu dikekalkan cuma dalam versi yang berbeza dan apakah versi itu ?

    Apa sebenarnya raya ? Apa yang dirayakan ? Kenapa gembira ? Bagaimana rupa kegembiraan itu ? Beberapa persoalanan ini terus bermain dalam aku.

Lagu-lagu raya rancak dimainkan, rancangan bertema raya memenuhi tv, bunga api memenuhi angkasa, pakaian berganti baru dan juadah memukau nafsu.

Adakah ini rupa raya yang sebenarnya ?

Hati ini berbisik. Tak. This is nothing but rubbish. Amboi main kasar nampak.

Aku cuba melihat dari sudut yang berbeza. A wise man once told me “ raya adalah meraikan kejayaan. Kejayaan melakukan perkara yang tak pernah kita berjaya buat dalam hidup ini.”

Seumur hidup kita, kita tak pernah khatam al-quran tapi kerana Ramadhan kita berjaya buat

Seumur hidup kita, kita tak pernah bangun tahajjud, tapi kerana Ramadhan kita tiba-tiba somehow dapat bangun malam

Kita yang fikiran kotor tiba-tiba dapat warning pada otak “inni sooim”

dan how on the earth tiba-tiba rajin berjemaah di masjid

and the list goes on

  Aku cuba ingat balik satu bulan aku berpuasa. Apa pencapaian aku. Layakkah aku untuk bergembira atau patutkah aku menangis kerana kebodohan diri sendiri. Ternyata diri ku sendiri pun tidak mampu memberikan jawapan yang tepat.


  Hati ini akhirnya bersetuju. Inilah raya. Andai berjaya kita di Ramadhan layaklah lah kita bergembira. Berjaya dalam konteks dunia kita sendiri. Tak perlu kita banding dengan orang lain. Andai kita ni tak pernah bangun tahajjud, dapat buat beberapa kali cukuplah untuk dikatakan berjaya. Andai sebelum ini jarang baca quran, tapi bila Ramadhan dapat baca setiap hari berjayalah tu. Ya inilah kegembirahan hakiki. Fitrah sebenar manusia. Bila ia dipenuhi ia akan sihat.

Ahad, 27 Julai 2014

Last chance



        Last chance. Take it or leave it. Macam tu lah lebih kurang. Cepatnya masa berlalu kan. Dah 29 Ramadhan. Flash back balik apa yang aku dah buat dalam sebulan ni. hurm. Tak sempat buat apa-apa. Ada satu hadis bertaraf hasan, "celakalah manusia yang dapat masuk Ramadhan tapi keluar tak dapat keampunan" . Akukah itu. Bodoh lah manusia kan, cintanya pada dunia besarnya amat. Study utk SPM bisa enggak tidur malam tapi utk Ramadhan bisa ?

       Dalam seminggu ni, radio tv asyik main lagu raya je. Macam Ramadhan tu tak wujud. Mana yang lebih penting sebenarnya. Nak beraya camne kalu Ramadhan fail. Umpama SPM kau fail, bila dapat result kau beraya kegembiraan. Gitu ? hurm entahlah.

mentari pagi di 10 ramadhan terakhir

      Umpama matahari dalam gengaman tangan ini. Mentari itu adalah dunia dan tangan itu adalah Ramadhan. Walau mentari itu besar, walau tangan itu kecil andai betul caranya dapat digenggam mentari oleh tangan, begitulah juga Ramadhan, ia mampu melututkan dunia dan seisinya di kaki kita.

    Apakah yang aku sedang merepek ini. haha okey bye2. Last entry untuk Ramadhan ni.Oh ramadhan berpisahnya kita belum tentu bertemu lagi.

Rabu, 23 Julai 2014

moreh bubur lambuk



         24 Ramadhan baru dapat merasa bubur lambuk. Perghh terbaiklah bubur lambuk takdi. Baru puas hati moreh gini. Bubur lambuk ni menyerikan ramadhan, tak lengkap jadi tanpanya. Biasanya mak aku akan buat bubur lambuk ni banyak kali setiap kali Ramadhan. Tapi tahun ni belum buat lagi. Sebab tu lah jadi mengidam sangat ni. Terima kasih yang buat moreh hari ni.


           Bila tiba Ramadhan, akan mucul lah juga makanan-makanan istimewa yg hanya ada di bulan ini. Malas aku nak senaraikan. Boleh bayangkan dah kan. Masing-masing dah ada faveret food di bulan puasa ni.

         Murtabak. Dalam banyak-banyak murtabak yang pernah aku rasa, ada satu yang aku kategorikan sempuna. Hamboi. Murtabak abang ni hanya boleh didapati di bulan Ramadhan je. Tak tahulah bulan lain dia buat apa., Aku pernah dengar dia berbual sambil aku tunggu order siap, katanya "Baru balik jah ni, pah poso ni kawe gi mula" sambil berbual dengan geng dia, tangan ligat menebar roti.

Lokasi - Bazar Ramadha Jerteh


    Aku memang dah jadi pelanggan setia sejak dari sekolah rendah lagi. Masa aku sekolah rendah dulu,dia jadi yang tukang bungkus je, ayah dia yang tebar roti, . Sekarang dah ambil alih, Beginilah kehidupan,
       

Selasa, 15 Julai 2014

Terawih di Masjid Hadhari



      Excited nak solat kat Masjid Hadhari. Pengelaman lepas, solat dalam aircond berimamkan imam arab. Fuh bacaan terbaik. Seronok jadi solat terawih. Hari ni sedikit kuciwa, takde aircond, takde imam arab. Okey betulkan niat balik. Datang nak solat okey.

     Kat sini, buat 20 rakaat. Bila selesai je 8, bruuuu habis keluar tinggallah sedikit yang cekal hatinya, semangat ruhnya. Aku adalah antara orang-orang keluar itu.







     Ada satu kisah dua orang pemuda bertengkar tentang bilangan rakaat terawih. Pemuda pertama kata 20 rakaat dan pemuda kedua kata 8 rakaat. Mereka mengeluar semua dalil, fakta, sirah dan sebagainya. Ingin menegakkan hujah masing-masing. Kemudian ada seorang lagi pemuda datang, "kenapa kamu bertengkar ni, tengok aku tak buat lansung. Kan senang".. Mereka berdua senyap.

   Ada ibrah drpd cerita ini, walaupun ini kisah yang tak diketahui kasahihannya, tapi takpalah kita ambil pengajarannya. 

  Masyarakat kita suka berbalah dalam hal furu' (perbezaan pendapat ulama). Puncanya ilmu yang sedikit tapi nak nampak bijak. Dalam kisah ini, dua orang pemuda tadi semuanya betul tapi yang tak solat tu tak betul. Sepatutnya mereka sibuk ajak orang yang tak solat tu, bagi dalil-dalil pada yang malas solat itu. ya begitu.

Isnin, 14 Julai 2014

Ini baru durian runtuh



        Pagi ini, seperti biasa aku akan pergi ke kebun untuk mengutip durian sebab sekarangkan musim durian. Bila musim durian memang rutin harian aku lah untuk mengutip durian cuma berbeza waktu dan cara. Disebabkan sekarang cuti, jadi pagi boleh terus buat kerja. Zaman sekolah dulu, lepas balik sekolah ataupun sebelum subuh. Wah banyak cemerlang maa..

       Ayah aku ada tiga kebun durian, dua dah mula luruh dan satu lagi tu belum luruh lagi. Jadi ayah aku urus satu aku urus satu. Biasanya aku pergi berseorangan tapi hari ni ayah aku tiba-tiba ikut sekali sebab yang dia dah settle.Mungkin dia nak tengok kerja aku sebab aku ni tak boleh diharap sangat.

      Mata aku melilau mencari durian di celah-celah timbunan semak samun yang telah ditebas itu. Telinga aku terdengar sesuatu. Bunyi dedaun pokok tercarik. Dekat. Petanda Buruk. Dalam kepala aku, lari selamatkan kepala. Baru selangkah aku bergerak. zaaappp. Sebiji durian jatuh tepat atas belakang aku. Arrrgghhhhh.. Aku megerang kesakitan dan pada yang sama agak lega. Mujur tidak pada kepala getus hatiku. Aku bergerak ke tempat yang selamat sambil mengerang kesakitan. Ayah aku yang mendengar suaraku, bergegas datang. Pantas dia membaca ayat-ayat ruqiyyah lalu ditiup ke belakang aku.

    Balik rumah, aku tengok cermin. Teruklah jugak tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah. Bila difikirkan semuanya terjadi mengikut ketetapanNya jatuh atas belakang bukan atas kepala, saiz durian tu pun tak besar, tambah lagi pokok tu tak tinggi.

   Solat terawih pun khusyuk sikit. Mungkin inilah hikmahnya.

Sabtu, 12 Julai 2014

duhai hati, ko tak malu ke ?


   Sabtu. Rumah jadi meriah hari ni. Hujung minggu macam ni, barulah ada kat rumah semua orang. Ditambah lagi dengan kak long dan suami serta salman pulang melawat kami di kampung. Kehadiran salman menambah lagi kemeriahan hujung minggu ini. Dia baru umur 8 bulan lebih tapi dah dapat merangkak. Memang letih la jaga budak ni. Buas pulak tu.

   Tekad 1juz sehari pun hilang entah kemana. Bila ikutkan nafsu, tido la jawabnya.  Malam pulak terawih. Tak khusuk lansung. Letih memaksa diri untuk khusuk tapi mudah je menerawang entah ke mana. Duhai hati, tak malu ke dengan Allah..



    Nak kenal hati kita camne, tengok lah fikiran kita masa solat. Marilah sesiapa yang macam aku tu, kita upgrade solat kita..

   Kata orang, kita cuba faham maksud ayat tu. Tapi kalau tak faham camne.. hurmmm..  cara paling berkesan bagi aku ialah, bila selesai kita baca al fatihah kita cuba ikut sekali bacaan imam. Tapi ia hanya berkesan bila kita ingat ayat tu...

    Kesimpulan.  Alquran adalah kunci untuk khusyuk solat. Semakin banyak kita hafal al quran dan semakin baik kita faham al quran, maka semakin baik jugalah tahap khusyuk kita dlm solat.

Jumaat, 11 Julai 2014

Jumaat kedua



    Aku ada dua pilihan, solat jumaat di Masjid Gong Duek atau Masjid Darau. Masjid Gong Duek lebih besar dan selesa manakala Masjid Darau agak panas mungkin disebabkan saiznya yang agak kecil ditambah lagi dengah jemaah yang ramai serta panas terik tengah hari. Memang terbakarlah nak tunggu selesai solat. Taklah sampai macam tu sekali.

   Aku memilih untuk solat Jumaat di Masjid Darau. Sebabnya ialah, Imam. Bacaan al-fatihah adalah rukun solat dan imam Masjid Gong Duek dilihat tidak mampu memenuhi syarat tersebut. Isu ini bukan isu baru, telah ditegur berkali-kali, namun tidak nampak sebarang perubahan. Boleh rujuk link dibawah mengenai permasalahan ini.

http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/186-silap-bacaan-al-quran-batalkah-solat.html
http://qasolatjemaah.blogspot.com/2008/12/bacaan-imam-tak-betul.html


  Seorang imam sepatutnya seorang yang paling baik bacaannya. Di kampung aku, ramai orang yang layak untuk mengisi kedudukan imam, tetepi disebabkan politik semuanya porak peranda. Yang hijau jangan bising. Bila ada yang tak hijau sangat cuma birunya tidak kuat, baik bacaannya tapi bekas guru. Tak boleh jugak sebab bekas guru mereka dah ada pencen, kena bagi pada yang belum ada. What !!!!! apakah semua ini.

  JKKK... Mereka ini sangat rumit, amat susah untuk difahami apatah lagi ditegur. Agaknya inilah sebabnya Ustaz Azhar Idrus selalu sebut Jkk dalam ceramah beliau..

 Jadi aku dan lelaki-lelaki keluarga aku pergilah solat di Masjid Darau. Macam biasa lah agak panas tapi bukan masalah besar. Ketika khatib sedang berkhutbah, aku pula termenung jauh. Keletihan serta kepanasan. Aku tak dapat memberi tumpuan kepada teks khutbah. Ditambah lagi khatib yang sedang membaca khutbah, baca dengan sebacanya.

  We are better than this. Aku berfikir jauh membayang imam yang berkutbah dari hati dan dengan penuh bersemangat, Alangkah indahnya. Semoga suatu hari negara kita dapat melaksanakannya. Aku percaya banyak impak positif yang akan diperoleh.

 Khutbah hari ini macam sekadar nak cukupkan rukun solat jumaat je. Ia sepatutnya jadi medium terbaik untuk menyentuh hati-hati manusia yang gersang ini. Jika ceramah-ceramah agama dan tazkirah subuh dapat membuatkan pendengar khusuk dengan penyampaiannya, tersentuh dengan isinya, terkesan sampai rasa nak buat, teringat-teringat, kenapa Khutbah jumaat tak boleh.

Akhir sekali, memang senanglah cakap kan.. tapi kena cakaplah jugak biar ada penambah baikkan..
We deserve more than this.....

Khamis, 10 Julai 2014

Wahabi... Apakah ?

Terbaca kat WhatsApps, cerita bagus untuk faham wahabi. 

"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."

Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...

Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.

Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.

Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*

(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.

Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.

Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.

Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...!  ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Via ustaz ibnu batoota

Pemuda subuh yang dicemburui



     Aku teraba-raba dalam kegelapan, cuba mencari hanfon. Tanganku pantas mengesan objek di atas meja yg betul-betul di atas kepala katil namun kosong. Aku teringat aku mengecasnya di hujung tingkap bilik. Terpaksa aku bangunkan diri untuk mencapainya. Pantas aku mencapainya lalu ku lihat pukul berapa. Sudah 5.35 pagi. Aku tidak semena-mena menjenguk keluar tingkap, terlihat surau sudah terang bercahaya bermakna ada hamba Allah yang sudah berada di sana. Susuk tubuh yang cukup ku kenali, seniorku sem 3. Mataku yang masih bersisa tahi mata itu kembali mengantuk, arghh lambat lagi subuh, pukul 5.50 baru masuk waktu subuh. Aku kembali menyambung mimpi indahku.

   Bangun..Bangun... subuh.. subuh... Roommate aku mengejutkanku. "Dah nak masuk pukul 7 ni"
Aku bergegas ke bilik air mangambil wuduk dan terus solat subuh. Selasai solat, aku teringat kejadian tadi, mengutuk-ngutuk diriku sendiri. "Lewat lagi" Guman ku sendiri. Aku marah dengan diri ku sendiri kenapa kembali sambung tidur.

and history repeat itself...........

  Aku sentiasa kagum melihat pemuda subuh. Bangun di awal pagi, kejut kawan-kawan, pergi surau/masjid, azan, lepas solat baca mathurat lagi. Tempat yang berbeza tapi cerita yang sama. Sentiasa ada pemuda subuh yang ku cemburi ini. Di sekolah menengah ku dulu, ramai jugaklah mereka ni. Adik-adik tingkatan 1 dan 2 kebanyakanya.. Mereka commit setiap hari utk solat subuh berjemaah. Bila kadang-kadang aku pergi subuh, mereka suruh jadi imam sebab aku senior kan, aish taknak lah. Bukan apa, mereka lebih layak bagi pandangan aku.

 Di surau kampung aku pun ada jugak pemuda subuh ni, bila mereka dah masuk Universiti, tinggallah pakcik-pakcik je. Setahun aku di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, macam-macam lagi aku dapat lihat. Sampai aku bahagikan kepada beberapa level.

Level 1- bangun awal sekali, kejut kawan2, pergi azan, solat sunat qabliah.
Level 2 - Golongkan yg dikejutkan oleh golangan satu takdilah, sempat solat sunat qabliah.
Level 3 - sampai masa imam dah mula solat.
Level 4 - sampai lepas imam selesai solat,
Level 5- xpergi lansung..


 Aku pegang satu benda ni, subuh berjemaah adalah indicator individu untuk kenal diri sendiri. Aku perhatikan, pemuda subuh ni, mereka ada disiplin tinggi, akhlak terpuji, berjurus, senang didekati, dan semualah yang positiv tu. Biasanya bila sesorang tu jaga subuh berjemaah dia, yang lain pun turut terjaga, al-quran dia, solat fardhu lain, hati dia dan percakapan dia. Aku memang sentiasa kagum dengan pemuda subuh ni, tak kiralah senior atau junior. Belum pernah aku jumpa pemuda subuh ni yang bermasalah. Dua benda yang sangat kontra.

 Nanti nak cari calon suami, kena check subuh berjemaah mereka..
Orang yang nak jadi pemuda subuh pun bagus jugak, macam aku. eheh.

 

Isnin, 7 Julai 2014

Maut yang tertangguh



      Aku menundukkan kepala di belakang ayahku cuba mengelak terkena hujan. Motor kriss usang yang dibonceng bergerak laju menempuh hujan cuba sampai ke rumah secepat mungkin. Aku yang di belakang menggigil kesejukan apatah lagi ayahku. Hujan dan angin sejuk menerjahnya sementara aku hanya menerima tempiasnya sahaja.

    Jalan bukit yang merah itu menjadi licin ditimpa hujan, menyukarkan lagi perjalanan kami.. tiba-tiba.... pangg.........

    Telingaku bingit, pekak seketika. Motor yang kami tunggang terhuyung hayang hampir menyembah bumi. Lidah ku terkumat-kamit membaca, "la haulawala kuwwata ila bila hil ali yul azim".. Aku hampir tidak percaya. Petir menyambar betul-betul di atas kepalaku.. Jelas terlihat api biru merekah di atas kepalaku. Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dan ayah. Pokok getah menjadi asbab. Api biru yang menyambar di atas kepala di alirkan oleh pokok getah ke tanah.

   Waktu itu, hati ku seolah-olah "Ya Allah dah tiba akhirnya masaku" . Namun Engkau menakdirkan aku dan ayah masih bernyawa.. Mungkin Engkau hendak memberitahuku, maut boleh menjemputku bila-bila masa. Agar ku sedar, hidup ini bukan untuk hidup, tapi hidup ini untuk mati..

   Kejadian ni berlaku minggu lepas. Hari ini aku teringat kembali. Petang takdi aku dan ayah pergi ke ladang getah jauh dalam hutan belakang rumah.. Bila hujan, kami balik, melalui jalan yang sama. Bila melalui tempat yang kami hampir dipanah petir tu, flash back kejadian tu datang menerpa..

  Jangan pernah rasa mati itu jauh, jangan sangka mati mu tua.Aku masa tu rasa belum sedia nak mati, jadi bila nak sedia ? Ya Allah. Jadilahkan aku, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa ingatkan mati...

 Ada orang kan, dia tak sabar nak mati sebab dia rindu nak bertemu dengan tuhannya.
aku?  isk..isk




Ahad, 6 Julai 2014

Sayangilah peti sejuk anda



        Dah berapa lama nak buat benda ni, akhirnya hari ni tercapai jugak hasrat. Ada satu peti sejuk tu, dia dah berusia, berkhidmat pada keluarga aku dah hampir sepuluh tahun. Tapi takde orang pun kisah pada dia. Sedih tau dia.

       Jadi hari ni, aq mulakan misi renovate peti sejuk tu.. renovate ??? bolehlah renovate pun renovate lah




                                                    Inilah saya. Telah berkarat dimamah usia.....

        Pertama sekali, kena ada alat dulu.. Kita perlukan, pengikis untuk buang karat and cat yang dah nak tertanggal tu. (guna pisau atau pun alat pengikis) , kemudian kita perlukan kertas pasir utk licinkan permukaan, akhir sekali spray warna mengikut warna peti..




                                           yosh.. here we go

      Buat kerja kena teliti. Permukaan yang hendak di-spray mestilah betul-betul bersih dan licin. Kalau tak cat akan mudah tanggal. Kerja tak kemas kate orang.

 Lepas permukaan diplas (dilicinkan) sekarang kita spray... huhu dah nak siap


Taraaa ... Inilah hasilnya..







Bila siap yang luar, basuh yang dalam pulak... Akhirnya inilah hasilnya... Dari tengah hari sampai pukul 6 petang baru siap. Alhamdulillah ^^























Sabtu, 5 Julai 2014

Hujan itu rahmat dan juga ujian




      Petang ni hujan lagi. Mula-mula renyai-renyai je, masuk maghrib baru hujan lebat sikit. Maka tak pergilah aku berjemaah kat surau, hujan jadi sebabnya. Biasanya aku pergi dengan basikal je kadang-kadang dengan motor tapi kebiasaanya motor tu ayah aku guna so aku gunalah basikal takpun jalan kaki.

      Nak kate lemahnya keinginan dan semangat. Sikit je halangan tak pergi terus. Boleh je pergi dengan kereta tapi malas pulak. Nampak tak permainannya disitu.

      Masa terawih takdi, jemaah hilang separuh. Biasanya ada satu saf lebih tapi hari ni, satu saf tak penuh (tak termasuk kanak-kanak). Kanak-kanak kat belakang ramai jugak. Bolehla. Moreh pun lebih makanan. Kesian yg dapat giliran hari ni. Begitulah kehidupan. Kita tak tahu apa-apa kecuali sedikit yang Allah bagi.

     Aku selalu anggap ia macam bawa kereta. Kita tahu yang ada depan kita tu je. Kadang-kadang jalan tu lurus jadi kita tahu banyak sikit. Kadang-kadang ada selekoh. Apa yang ada selepas selekoh kita tak tahu dah. Jangkauan kita terhad sampai ke selekoh je. Dalam kehidupan kita kadang-kadang jangkaan kita betul kadang-kadang salah. Bila berlaku tidak seperti yang kita nak, sedarlah kita betapa lemahnya kita.

   Usahkan takdir kita, badan kita sendiri pun kita tak mampu kawal. Mana mungkin kita boleh suruh jantung kita berhenti sekejap atau darah, jangan mengalir sekejap. Dalam sains ada istilah voluntary action dan involuntary action. Badan kita ni pun kita tak mampu kawal kan. Bagaimana mungkin kita persoalkan takdir kita.

Jumaat, 4 Julai 2014

Jumaat pertama di bulan Ramadhan




        Pukul 3 petang, langit mula mendung. Awan hitam berarak. Perlahan-lahan hujan mula turun dan semakin lama semakin lebat. Aku yang bergelut dlm kepanasan cuba menhabiskan surah al-kahf mula berasa semakin selesa setelah angin nyaman lagi sejuk meniup ku seolah-olah memberi semangat kepadaku untuk menhabiskan bacaan ini. Wah nyaman sekali rasanya.

       Aku melihat sekitar, hujan turun mencurah-curuh membawa bersama rahmat dari tuhanku. Hati kecilku berkata, what a day, hari jumaat, hujan lagi, ramdhan pulak tu, dpt baca al-kafh pulak. Ya Allah, sungguh besar rahmat mu.


       Hari ni juga ada majlis berbuka puasa di Surau Empangan Jajar. Setiap ahli surau sediakan satu hidangan sorang. Ia dah jadi acara wajiblah setiap kali Ramadhan. Seronok jugak ada program macam ni. Di samping menyahut seruan Nabi saw untuk menyediakan makan untuk orang berpuasa, ia juga dapat menhimpunkan masyarakat di surau/masjid.

      Masyarakat kita masih banyak yang perlu di upgrade. Apa yang aku lihat setiap tahun, pemandangan yang sama. Semua hadir untuk berbuka puasa, selesai je terus blah. Tak sempat solat maghrib. Tinggallah beberapa kerat masa solat maghrib. Masyakat kita masih jauh dangan Masjid. Mereka hanya akan pergi masa Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Kalau solat 5 waktu, nak penuh satu saf pun susah. Ini adalah realiti.


   Aku percaya generasi baru dah ramai yang sedar tentang ni tapi kebanyakan macam aku, setakat bermain dalam fikiran dan akhirnya buntu tak tahu nak buat apa. Paling kurang adalah rasa cakna tu. Bolehla daripada tak kisah lansung. hurmm

Khamis, 3 Julai 2014

2 Tahun

 

    Hampir 2 tahun aku tak jenguk blog ni. Last post 16 Feb 2012, hari ni baru menulis balik. hurm. Ada pelbagai kekangan dan kemalasan yang jadi penyebab. Bulan Mac 2012 tu aku masuk asrama. SPM dah dekat katakan, kenalah fokus. haha fokus la sgt..

   Lepas SPM pulak menganggur je sampai bulan Mei 2013. Bulan Mei tu masuk APIUM Nilam Puri. Tempat yang banyak merubah aku. Mengubah cara aku berfikir, disiplin aku, mungkin yg paling besar ialah, it rebulit my heart. Amboi. Ia macam puzzle tau. Aku ingat ia telah complete. I live with it years by years. Kemudian Allah pecahkan ia. Aku sedih sangat kenapa semua ini berlaku, rupanya Allah bagi nak tahu yang puzzle aku tu salah. Dan sekarang aku sedang membinanya semula. ^-^ ...

Apa menda kau tulis ni ? love story ke ?
head shot..
Bukan love story lah...

  Mei 2014, aku secara official nya menamatkan pengajian di Universiti Malaya Nilam Puri. Tempat yg ajar aku bina puzzle dgn betul, dengan kaca mata seorang hamba.

  Sekarang tengah cuti sampai bulan 9 sebab tu lah rasa nak tulis blog ni. Moga Istiqamah. Amin

6 Ramadhan



Alhamdulillah diberi kesempatan utk mendapat nikmat dan rahmat Ramadhan. Segala puji bagi Allah. Ada org Allah jemput mereka awal, tak sempat merasa Ramadhan. Seorang cikgu sekolah rendah aku dulu dijemput Allah sehari sebelum Ramdhan. Pagi Jumaat dpt berita, sayu hati ini. Aku terus doa "allahhu balighna ramandha" . Takut sekali tak sempat merasa Ramadhan. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan sampat hari ni utk dpt keberkatan ramadhan, cari keampunan dan redhaNya di bulan Mulia ini.

1 Ramadhan. Bila masuk je waktu maghrib, hujan turun mencurah-curah. Aku masa tu rasa macam, Ya Allah rahmat berganda-ganda. Hari pertama semangat giler nak terawih, yelah dah setahun kan tak berterawih. Masuk hari 4, mengantuk pulak masa terawih. huhu. 

Bulan Ramadhan ni, ada beberapa yg kita perlu paksa diri dan cegah diri. Rugilah kalau kita gagal bentuk diri kita di bulan ramadhan ni. Ramadhan tahun depan belum tentu bahkan esok pun belum pasti..

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no:38)

Ini adalah hadis sahih. Terdapat banyak lagi fadhilat ramadhan yg disebut dalam hadis tapi bagi aku hadis sahih ini 'is more than enough'. Kita manusia masuk neraka sebab dosa kan. Bila Allah ampun dosa kita ??