Khamis, 25 Disember 2014

Malam Christmas di Urdun


   Ia malam yang sunyi sebenarnya. Malam ni aku mengelak dari semua aktiviti. Sebenarnya ada dua program yang patut aku hadiri malam ni, satu ialah program PUTRA, badan kebajikan anak negeri terengganu. Keduanya ialah study group.

   Kedua-duanya sangat penting sebenarnya. Program putra ni dapat "mengenalkan" aku dengan anak-anak terengganu yang lain. Sekarang ni aku memang tak kenal orang. Kadang tu asyik jumpa muka baru je sampai aku tertanya-tanya sendiri "berapa ramai lagi yang aku tak pernah tengok ni" . Sampai begitu sekali jadinya. Kalau bab nama lagi lah teruk. Selalu jumpa selalu berbual selalu bertegur sapa tapi tak ingat nama. Adoi. Study grup. Sangat membantu bila ada orang yang nak tolong ajarkan. Dalam kuliah kebanyakan aku akan termenung sendiri. Aku cepat hilang fokus bila letih. Letih cuba menangkap kata-kata Doktor.

 Jadilah malam ni malam yang sunyi dah kosong. Aku rasa jiwa aku letih. Sejak sampai sini, banyak sangat yang berlaku. Menyesuaikan diri dengan cuaca dan budaya satu hal, mengerah diri mengikuti program satu hal, melawan syita' untuk ke kuliah satu hal dan satu hal lagi ialah berperang dengan syita' untuk membuat hal-hal lain . Setelah bekenalan sedikit sebanyak dengan syita' ni, aku membuat satu kesimpulan. Manusia juga mamapu berhibernasi.

 Tak semeriah di Malaysia. Sambutan Chrismas disini tak begitu terasa. Hadirnya hanya disedari disebabkan adanya cuti umum. TV. Mungkin sebab disini kami tak tengok tv jadi tak terasa sambutannya. Biasanya di Malaysia, TV akan dipenuhi dengan iklan, drama dan movie berkaitan dengan Christmas. Mungkin juga bilangan mereka yang minoriti disini.

 Aku menulis ni bukan nak cakap pasal chrismas pun cuma gembira sebab ada cuti je. Gembira sebab nak guna kesempatan ni untuk merehatkan diri. Semoga dapat balik semangat sebab banyak benda aku nak buat disini. Aku nak kembali memburu sasaran-sasaran aku itu.


2.18 AM
25 Disember
Bait Badar, Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan