Isnin, 22 Disember 2014

Diterjah angin kebosanan



        Tarikh 16 Disember telah dilewati, ini bermakna telah genap tiga bulan aku disini. Aku mula diserang angin bosan. Bosan dari semua benda. Aku benci bila perasaan ni hadir. Letih aku cuba mengusirnya tapi ia tetap disitu. Rutin-rutin harian ni, tulisan-tulisan arab ini, kuliah termenung ini dan denai-denai ini. Semuanya beku ditiup angin syita' .

         Hari ini aku cuba membakar obor untuk mengusir kesejukan syita' ini. Aku atur langkah menuju jamiah. Pagi ini seperti biasa aku ada markaz lughah. Dua puluh minit terasa begitu cepat. Fikiran ku menerawang jauh. Muka-muka arab urdun jadi perhatian aku disepanjang jalan. Bukan ragam dan perangai mereka yang bermain dalam fikiran tapi tersedar aku anak melayu.

         Tersedar aku anak melayu yang diberi peluang untuk berada disini. Beribu-ribu kilometer dari tanah air, tercampak aku di tanah afrika ini. Peta dunia terhampar di depan ku, otak ku ligat menanda tanah air ku dan tanah urdun ini. Mahasuci Allah. Membayangkan bumi ini cukup untuk memeningkan kepala aku. Pening kerana terlalu menabjubkan dan terlalu indah. Diatas ku ini terletaknya eropah. Ditepi-tepi ku ini pula terdapat boneka-boneka mereka.

         Aku anak melayu. Persoalan yang berlegar-legar sepanjang hinggalah sampai ke kelas. Selesai kelas aku pulang. Buku lansung tidak disentuh. Masa habis terbuang ke mana pun aku sendiri tidak tahu.

 Aku bosan
Aku jemu
Aku tak tahu
Aku tak faham


10.01 PM
22 Disember
Bait Badar, Irbid
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan