Khamis, 31 Disember 2015

Coretan Semester

Satu semester is like
First day...
Aku akan berubah. Belajar sungguh-sungguh, score exam.
Puff...
Haaaah
Dah final exam.
Aku tak belajar apa-apa lagi sem ni.

Lol.

Beberapa minit lagi nak masuk tahun baru, beberapa minit juga lagi aku akan dapat angka 1 di belakang angka 2. Imbas kembali setahun ini apa yang aku lalui. Hmmm. Banyak. Aku belajar impian dan angan-angan kita yang kita rasa sangat indah itu tidaklah indah sangat.

Di alam sekolah, aku bayangkan alam universiti itu begitu indah. Belajar di library, masuk dalam dewan lecture yang besar, berjumpa dangan pelbagai jenis manusia, kos yang hebat-hebat. Hakikatnya kita tetaplah bersifat dengan sifat manusia kita. Awalnya memanglah seperti yang kita impikan itu. Tapi lama-lama kelamaan kita akan diserang angin bosan juga. Rupanya, apa yang kita sangka indah itu hanyalah biasa-biasa saja. Malah kita akan dibeban dengan penuh bebanan lain.

Kita mula ditekan untuk mendapat keputusan yang baik. Ditakut takutkan dengan kegagalan dan juga terperangkap dengan expectation manusia-manusia ghaib. Oleh itu aku belajar, impian indah aku hari ini usahlah dilayan. Kerana ia tidaklah lebih daripada mainan kehidupan. Contohnya, kadang aku berangan nak kawen dengan puteri idaman, dan kadang berangan nak kerja sedap, nak rumah itu dan kereta ini. Semoga pengalaman tidak menghanyutkan aku dalam khayalan.

Begitulah kehidupan. Penting untuk kita belajar dari pengalaman. Sedihnya juga, hidup kita hanyalah sekadar mengulangi sejarah manusia. Kita menghabiskan kebanyakan usia kita hanya untuk mengejar ilmu yang telah lama diterokai. Pada masa kita mula mengorak langkah meneroka yang baru, kita telah pun tua. Kemudian datang anak kita mengulang cerita sama. 

 "When an old man dies, a library burns to the ground." 

Villa pelangi
11.59 pm
31 Disember.


Jumaat, 2 Oktober 2015

New Chapter



      Holidays is over. Its kuliah time. Berkobar-kobar aku berlari ke kelas. Hari pertama di semester satu tahun dua bermula dengan berapi-api. 4 kuliah 6 jam aku tempuhi dengan senang. Cuti semester yang hampir sebulan memberi aku tidur secukupnya. Kini aku bangkit mencabar dunia.

      Hari dua. Api aku masih marak. 2 kuliah aku tempuhi. Kacang. 
      Hari tiga. Api sedikit malap tapi masih cukup gagah untuk menempihi 4 kuliah.
      Hari empat. Api tiba-tiba terpadam. 
  
Lol.

     Dan sekarang aku disini. Merenung perjalanan ini. Mencongak perjalanan, ke mana agaknya ia menghala. Tidak semena hari ini aku dihimpit rindu. Sudah setahun aku meninggalkan tanah air. Sesaknya rindu menghimpit anak perantauan. Kadang tersedar di malam hari kerinduan. Kadang termimpi-mimpi, berhari-hari lamanya. Kadang diserang angin pilu. Begitulah lumrah anak perantauan.

     Berjauhan ini aku belajar sesuatu.. Ada apa dengan rindu ? 

Dengan rindu kita tahu
Sebenarnya dalam hidup ini hanya ada beberapa manusia sahaja dalam hati kita
Kerana jarak dan masa akan memadam ramai manusia yg pernah hadir dalam hidup kita.
Dan akhirnya kita tahu. Sebenarnya kita hanya perlu beberapa manusia sahaja untuk gembira.
Manusia yang tiada gantinya walau dunia dan seisinya. 

     Hebatnya rindu sehingga kadangnya memenuhi hariku hanya dengannya sahaja.
     Tapi alangkan indahnya lagi jika rinduku pada tuhanku juga seperti ini.
     Nescaya hilanglah segalanya yang lain kerana cukuplah tuhan bagiku
     Hasbunallah wanikmal wakil.



11.33 pm
2 Oktober 2015
Villa Pelangi
Irbid.

Ahad, 2 Ogos 2015

Grandeur, Sebuah Perhentian Kehidupan



      Setahun lepas pada tarikh ini aku belum kenal perkataan ini. Grandeur, Syimali, Hijazi, Syawarma belum wujud dalam kamus hidup aku. Setahun lepas, aku tak terbayang langsung akan berada disini hari ini. Waktu itu aku mencongak hari-hari aku, kehidupan di kampus terasa sangat menyeksakan jiwa aku. Aku mengira itulah takdir aku.

    Tapi hari esok siapa tahu kan. Aku menukar tempat pengajian. Ia keputasan yang sangat besar dalam hidup aku. Kemudian, aku menemui mereka, Grandeur. Pemberian tuhan sebagai teman, mewarnai kehidupan di hari-hari yang mendatang.

     Orang menggambarkan kawan dengan pelbagai cara, tapi bagi aku ia tak boleh digambarkan. Kadang-kadang aku rasa kawan ni datang dan pergi. Rapat dan baik macam mana sekali pun, tiba saatnya kita berpisah juga. Ruang dan waktu jadi pemisah yang tak mampu dihalang. Kadang aku rasa kawan ni macam kereta, dan kehidupan ni satu highway panjang. Kita bertemu di satu jalan yang panjang kemudian kita berpisah di persimpangan.

    Mungkin inilah kehidupan. Nothing stay forever. Cuma ingin aku coretkan untuk kawan-kawan aku, Terima kasih untuk warna-warna yang telah memenuhi ruang hidup aku. Hari-hari yang kita lalui bersama takkan pernah aku lupa, dan untuk sahabat-sahabat Grandeur seperjuangan, I'm so glad to have you along the way.

1.37 AM
2 Ogos 2015
Villa Pelangi
Irbid.

   

      

Isnin, 20 Julai 2015

Seindah Pelangi

2 Syawal 1436

     Kata orang 'erti hidup pada memberi' . Aku kata yeah well said bro. Hari ni kami buat rumah terbuka . Panggil kawan-kawan satu batch dan abang-senior yang rapat . Bukan tak nak panggil semua orang tapi sebab kami semua ni tak pandai masak lebih lebih lagi untuk masak banyak. 

      When everything does not  right, go left. Semua perancang kami bertukar di saat akhir. Asalnya nak buat rendang dan ayam black pepper tapi akhirnya yang siap ayam masak merah. Semuanya kelam kabut. Kerisik nak buat rendang tak menjadi, ayam terlupa masuk peti kemudian berbau, nasi terkurang air dan macam-macam lagi. Tapi yang baiknya kreativiti berapa di puncak prestasi. 

      Walaupun semuanya kelam kabut tapi hasilnya cukup mengujakan. Not bad bagi budak-budak baru belajar macam kami. Kami sempat menyiapkan ayam masak merah, puding, kek coklat, tiramisu dan nasi impit bersama kuah kacang. Bahagian yang paling seronok ialah bila tetamu mula datang. Meriahnya rumah kami. Warna-warni baju melayu menambah warna gembira di rumah terbuka kami. 

       Gelak tawa dan gurauan mesra tetamu memenuhi ruang. Di celah sudut rumah, aku melihat wajah-wajah gembira. Hatiku turut bergembira. Sangat seronok melihat tetamu makan masakan kita. Hilang segala penat lelah. Betullah kata orang, 'erti hidup pada memberi'.

3.10 am
3 Syawal 1436
Villa Pelangi
Irbid.

Jumaat, 17 Julai 2015

hari kemenangan



    Aku menjenguk ke dapur. Kosong. Tiada makanan untuk iftar hari ni. Aku tergelak kecil sendiri. Penutup Ramadhan yang agak melucukan. Kami berbuka dengan air kosong mengalas perut yang berkerongcong bising. Almari di dapur diselongkar. Bungkusan meggi goreng berjaya ditemui. Ini jelah rezeki kita hari ini, kataku kepada Fatah. Kami berdua tersenyum lucu. Lucu apabila sebulan ini kami berbuka dengan sangat mewah tapi penutupnya dengan meggi goreng.


  Hari ini semua orang sibuk, Syeikh Adeeb dengan rewang permainya dan Ammar dan Naziih tiba-tiba menghilang meninggalkan aku dan Fatah di rumah, terkontang kanting memasak meggi. Namun rezeki kami hari ini masih ada. Tidak semena-mena mereka berdua pulang membawa ayam kentucky dan syawarma. Iftar mereka tiba-tiba batal. LOL. Cepatnya meja bertukar. Tiba-tiba terlebih banyak pula makanannya. Kami ketawa lagi. Mengenang malam satu syawal di perantauan. Berteman meggi, syawarma dan ayam broasted kami menyambut kedatangan satu syawal.

     
   Ada apa dengan aidil fitri ? Aku mencari jawapan. Persoalan sama yang bermain di benakku setiap kali aidil fitri. Apa sebenarnya yang kita raikan ? Jika kemenangan yang diraikan, apakah pula kemenangan itu ?


   Azan isyak pun bergema. Kami bergegas ke masjid. Ini saat yang tak boleh dilepaskan. Takbir raya Solat diimamkan Syeikh Makmun, Syeikh kami yang sangat a'lim quran. Selalu sahaja memilih ayat yang tepat dan sangat mendalam maksudnya. Hari ni beliau membaca ayat tentang mukmin yang menang. Jauh dalam ke kalbu, ayat tuhan menyentakku. Hibanya terasa, berlalu ramadhan dan aku masih belum menjadi orang yang menang.

 
  Takbir raya selepas itu menyentakku lagi. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Indah sungguh rupanya kalimah tuhanku. Kenapa sebelum ini tidak pernah aku sedari. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Pujian seorang hamba kepada tuhannya. Pujian kegembiraan dan terima kasih tuhan kerana menjadikannnya daripada orang-orang yang menang. Pujian kesyukuran kerana menghantar Ramadhan kepadanya.

  Hari ini 1 syawal 1436 barulah aku mengerti. Raya ialah kegembiraan seorang mukmin yang bertukar dari dia yang 1 ramadhan kepada dia yang baru. Jika kita pada 1 syawal tetap sama seperti sebelumnya ? Apakah yang kita rayakan. Adakah aku mampu beraya ?


3.57 AM
1 Syawal 1436
Villa Pelangi