Jumaat, 2 Oktober 2015

New Chapter



      Holidays is over. Its kuliah time. Berkobar-kobar aku berlari ke kelas. Hari pertama di semester satu tahun dua bermula dengan berapi-api. 4 kuliah 6 jam aku tempuhi dengan senang. Cuti semester yang hampir sebulan memberi aku tidur secukupnya. Kini aku bangkit mencabar dunia.

      Hari dua. Api aku masih marak. 2 kuliah aku tempuhi. Kacang. 
      Hari tiga. Api sedikit malap tapi masih cukup gagah untuk menempihi 4 kuliah.
      Hari empat. Api tiba-tiba terpadam. 
  
Lol.

     Dan sekarang aku disini. Merenung perjalanan ini. Mencongak perjalanan, ke mana agaknya ia menghala. Tidak semena hari ini aku dihimpit rindu. Sudah setahun aku meninggalkan tanah air. Sesaknya rindu menghimpit anak perantauan. Kadang tersedar di malam hari kerinduan. Kadang termimpi-mimpi, berhari-hari lamanya. Kadang diserang angin pilu. Begitulah lumrah anak perantauan.

     Berjauhan ini aku belajar sesuatu.. Ada apa dengan rindu ? 

Dengan rindu kita tahu
Sebenarnya dalam hidup ini hanya ada beberapa manusia sahaja dalam hati kita
Kerana jarak dan masa akan memadam ramai manusia yg pernah hadir dalam hidup kita.
Dan akhirnya kita tahu. Sebenarnya kita hanya perlu beberapa manusia sahaja untuk gembira.
Manusia yang tiada gantinya walau dunia dan seisinya. 

     Hebatnya rindu sehingga kadangnya memenuhi hariku hanya dengannya sahaja.
     Tapi alangkan indahnya lagi jika rinduku pada tuhanku juga seperti ini.
     Nescaya hilanglah segalanya yang lain kerana cukuplah tuhan bagiku
     Hasbunallah wanikmal wakil.



11.33 pm
2 Oktober 2015
Villa Pelangi
Irbid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan