Isnin, 20 Julai 2015

Seindah Pelangi

2 Syawal 1436

     Kata orang 'erti hidup pada memberi' . Aku kata yeah well said bro. Hari ni kami buat rumah terbuka . Panggil kawan-kawan satu batch dan abang-senior yang rapat . Bukan tak nak panggil semua orang tapi sebab kami semua ni tak pandai masak lebih lebih lagi untuk masak banyak. 

      When everything does not  right, go left. Semua perancang kami bertukar di saat akhir. Asalnya nak buat rendang dan ayam black pepper tapi akhirnya yang siap ayam masak merah. Semuanya kelam kabut. Kerisik nak buat rendang tak menjadi, ayam terlupa masuk peti kemudian berbau, nasi terkurang air dan macam-macam lagi. Tapi yang baiknya kreativiti berapa di puncak prestasi. 

      Walaupun semuanya kelam kabut tapi hasilnya cukup mengujakan. Not bad bagi budak-budak baru belajar macam kami. Kami sempat menyiapkan ayam masak merah, puding, kek coklat, tiramisu dan nasi impit bersama kuah kacang. Bahagian yang paling seronok ialah bila tetamu mula datang. Meriahnya rumah kami. Warna-warni baju melayu menambah warna gembira di rumah terbuka kami. 

       Gelak tawa dan gurauan mesra tetamu memenuhi ruang. Di celah sudut rumah, aku melihat wajah-wajah gembira. Hatiku turut bergembira. Sangat seronok melihat tetamu makan masakan kita. Hilang segala penat lelah. Betullah kata orang, 'erti hidup pada memberi'.

3.10 am
3 Syawal 1436
Villa Pelangi
Irbid.

Jumaat, 17 Julai 2015

hari kemenangan



    Aku menjenguk ke dapur. Kosong. Tiada makanan untuk iftar hari ni. Aku tergelak kecil sendiri. Penutup Ramadhan yang agak melucukan. Kami berbuka dengan air kosong mengalas perut yang berkerongcong bising. Almari di dapur diselongkar. Bungkusan meggi goreng berjaya ditemui. Ini jelah rezeki kita hari ini, kataku kepada Fatah. Kami berdua tersenyum lucu. Lucu apabila sebulan ini kami berbuka dengan sangat mewah tapi penutupnya dengan meggi goreng.


  Hari ini semua orang sibuk, Syeikh Adeeb dengan rewang permainya dan Ammar dan Naziih tiba-tiba menghilang meninggalkan aku dan Fatah di rumah, terkontang kanting memasak meggi. Namun rezeki kami hari ini masih ada. Tidak semena-mena mereka berdua pulang membawa ayam kentucky dan syawarma. Iftar mereka tiba-tiba batal. LOL. Cepatnya meja bertukar. Tiba-tiba terlebih banyak pula makanannya. Kami ketawa lagi. Mengenang malam satu syawal di perantauan. Berteman meggi, syawarma dan ayam broasted kami menyambut kedatangan satu syawal.

     
   Ada apa dengan aidil fitri ? Aku mencari jawapan. Persoalan sama yang bermain di benakku setiap kali aidil fitri. Apa sebenarnya yang kita raikan ? Jika kemenangan yang diraikan, apakah pula kemenangan itu ?


   Azan isyak pun bergema. Kami bergegas ke masjid. Ini saat yang tak boleh dilepaskan. Takbir raya Solat diimamkan Syeikh Makmun, Syeikh kami yang sangat a'lim quran. Selalu sahaja memilih ayat yang tepat dan sangat mendalam maksudnya. Hari ni beliau membaca ayat tentang mukmin yang menang. Jauh dalam ke kalbu, ayat tuhan menyentakku. Hibanya terasa, berlalu ramadhan dan aku masih belum menjadi orang yang menang.

 
  Takbir raya selepas itu menyentakku lagi. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Indah sungguh rupanya kalimah tuhanku. Kenapa sebelum ini tidak pernah aku sedari. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Pujian seorang hamba kepada tuhannya. Pujian kegembiraan dan terima kasih tuhan kerana menjadikannnya daripada orang-orang yang menang. Pujian kesyukuran kerana menghantar Ramadhan kepadanya.

  Hari ini 1 syawal 1436 barulah aku mengerti. Raya ialah kegembiraan seorang mukmin yang bertukar dari dia yang 1 ramadhan kepada dia yang baru. Jika kita pada 1 syawal tetap sama seperti sebelumnya ? Apakah yang kita rayakan. Adakah aku mampu beraya ?


3.57 AM
1 Syawal 1436
Villa Pelangi