Selasa, 29 Julai 2014

Raya Kedua - Mencipta Kegembiraan



   Tak sangka hari ni, aku gembira beraya. Entah tiba-tiba mood happy. Alhamdulillah. Ia bermula tanpa dirancang. Malam raya kedua, tidur rumah atuk. Dapatlah berbual bergurau senda dengan atuk dan sepupu sepapat. Hari ni pulak, melawat kawan yang kebetulan rumah dia di sebelah rumah atuk. Bila dah jumpa geng kamcing hati ni gembira la. Dari satu rumah ke satu rumah, jadi berjangkit pulak. Bila dah ada mood raya tu, tak kisah dah jauh ke dekat. Semangat nak jumpa kawan.

  Sebenarnya, memang dah lama merindui mereka. cewah. Bila masuk universiti, susah nak jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Bila kita pulang, mereka pula takde begitulah sebaliknya pun. Kadang-kadang semua ada kat kampung tapi tak dapat berjumpa mata sekadar bertegur di fb. Bertambah-tambah lah rindu itu. Akhirnya raya ni, diizinkan Allah untuk bertemu beberapa insan yang dirindui ini walaupun ada beberapa yang belum. ermm mungkin ini berkat raya. Terima kasih Allah.

 Rupanya di sebalik seruan baginda untuk saling ziarah-menziarahi terselit beribu hikmah. Kegembiraan raya itu perlu dicari rupanya bukan hanya sekadar menunggu.

  Aku ingat balik,raya lepas aku ziarah jugak rumah kawan-kawan tapi perasaan itu tidak sama. Apa yang menyebabkan ia berbeza ? Ada apa dengan tahun ini ?   Ya benar semua ini kerja pemilik hati ini tapi semua benda ada asbabnya. Jadi apa asbabnya ? Aku sendiri tidak tahu jawapannya.

 

Isnin, 28 Julai 2014

Mencari Erti Raya



     Alhamdulillah berjaya menamatkan larian ini walaupun tak beberapa bergaya. Moga diberi lagi kesempatan untuk bersama mu lagi.

     Malam Raya. Perasaan ini bercampur baur. Sedih. Tapi benarkah sedih atau aku cuma tidak lebih dari seorang hipokrit yang tak mahu dikatakan jahil apabila tidak bersedih atas pemergian mu. Gembira. Entah kenapa beberapa tahun kebelakangan ini, raya terasa tidak meriah dan menggembirakan. Dulu masa kecil, seronoknya bila tiba raya. Dari awal Ramadhan dah menghitung hari bila nak raya. Bertambah seronok lagi bila pulang rumah nenek jumpa sepupu, main bunga apa, kejar mengejar, seek n hide dan semua jenis permainanlah.

     Bila dah besar ini, semua itu dah hilang. Yelah kita semua dah besar, segan bila berjumpa, tiada lagi gelak ketawa dan kejar mengejar itu. Move on lah kan. Itu zaman kechik. Tak. Bukan taknak move on, cuma wondering tak boleh kah kemeriahan itu dikekalkan cuma dalam versi yang berbeza dan apakah versi itu ?

    Apa sebenarnya raya ? Apa yang dirayakan ? Kenapa gembira ? Bagaimana rupa kegembiraan itu ? Beberapa persoalanan ini terus bermain dalam aku.

Lagu-lagu raya rancak dimainkan, rancangan bertema raya memenuhi tv, bunga api memenuhi angkasa, pakaian berganti baru dan juadah memukau nafsu.

Adakah ini rupa raya yang sebenarnya ?

Hati ini berbisik. Tak. This is nothing but rubbish. Amboi main kasar nampak.

Aku cuba melihat dari sudut yang berbeza. A wise man once told me “ raya adalah meraikan kejayaan. Kejayaan melakukan perkara yang tak pernah kita berjaya buat dalam hidup ini.”

Seumur hidup kita, kita tak pernah khatam al-quran tapi kerana Ramadhan kita berjaya buat

Seumur hidup kita, kita tak pernah bangun tahajjud, tapi kerana Ramadhan kita tiba-tiba somehow dapat bangun malam

Kita yang fikiran kotor tiba-tiba dapat warning pada otak “inni sooim”

dan how on the earth tiba-tiba rajin berjemaah di masjid

and the list goes on

  Aku cuba ingat balik satu bulan aku berpuasa. Apa pencapaian aku. Layakkah aku untuk bergembira atau patutkah aku menangis kerana kebodohan diri sendiri. Ternyata diri ku sendiri pun tidak mampu memberikan jawapan yang tepat.


  Hati ini akhirnya bersetuju. Inilah raya. Andai berjaya kita di Ramadhan layaklah lah kita bergembira. Berjaya dalam konteks dunia kita sendiri. Tak perlu kita banding dengan orang lain. Andai kita ni tak pernah bangun tahajjud, dapat buat beberapa kali cukuplah untuk dikatakan berjaya. Andai sebelum ini jarang baca quran, tapi bila Ramadhan dapat baca setiap hari berjayalah tu. Ya inilah kegembirahan hakiki. Fitrah sebenar manusia. Bila ia dipenuhi ia akan sihat.

Ahad, 27 Julai 2014

Last chance



        Last chance. Take it or leave it. Macam tu lah lebih kurang. Cepatnya masa berlalu kan. Dah 29 Ramadhan. Flash back balik apa yang aku dah buat dalam sebulan ni. hurm. Tak sempat buat apa-apa. Ada satu hadis bertaraf hasan, "celakalah manusia yang dapat masuk Ramadhan tapi keluar tak dapat keampunan" . Akukah itu. Bodoh lah manusia kan, cintanya pada dunia besarnya amat. Study utk SPM bisa enggak tidur malam tapi utk Ramadhan bisa ?

       Dalam seminggu ni, radio tv asyik main lagu raya je. Macam Ramadhan tu tak wujud. Mana yang lebih penting sebenarnya. Nak beraya camne kalu Ramadhan fail. Umpama SPM kau fail, bila dapat result kau beraya kegembiraan. Gitu ? hurm entahlah.

mentari pagi di 10 ramadhan terakhir

      Umpama matahari dalam gengaman tangan ini. Mentari itu adalah dunia dan tangan itu adalah Ramadhan. Walau mentari itu besar, walau tangan itu kecil andai betul caranya dapat digenggam mentari oleh tangan, begitulah juga Ramadhan, ia mampu melututkan dunia dan seisinya di kaki kita.

    Apakah yang aku sedang merepek ini. haha okey bye2. Last entry untuk Ramadhan ni.Oh ramadhan berpisahnya kita belum tentu bertemu lagi.

Rabu, 23 Julai 2014

moreh bubur lambuk



         24 Ramadhan baru dapat merasa bubur lambuk. Perghh terbaiklah bubur lambuk takdi. Baru puas hati moreh gini. Bubur lambuk ni menyerikan ramadhan, tak lengkap jadi tanpanya. Biasanya mak aku akan buat bubur lambuk ni banyak kali setiap kali Ramadhan. Tapi tahun ni belum buat lagi. Sebab tu lah jadi mengidam sangat ni. Terima kasih yang buat moreh hari ni.


           Bila tiba Ramadhan, akan mucul lah juga makanan-makanan istimewa yg hanya ada di bulan ini. Malas aku nak senaraikan. Boleh bayangkan dah kan. Masing-masing dah ada faveret food di bulan puasa ni.

         Murtabak. Dalam banyak-banyak murtabak yang pernah aku rasa, ada satu yang aku kategorikan sempuna. Hamboi. Murtabak abang ni hanya boleh didapati di bulan Ramadhan je. Tak tahulah bulan lain dia buat apa., Aku pernah dengar dia berbual sambil aku tunggu order siap, katanya "Baru balik jah ni, pah poso ni kawe gi mula" sambil berbual dengan geng dia, tangan ligat menebar roti.

Lokasi - Bazar Ramadha Jerteh


    Aku memang dah jadi pelanggan setia sejak dari sekolah rendah lagi. Masa aku sekolah rendah dulu,dia jadi yang tukang bungkus je, ayah dia yang tebar roti, . Sekarang dah ambil alih, Beginilah kehidupan,
       

Selasa, 15 Julai 2014

Terawih di Masjid Hadhari



      Excited nak solat kat Masjid Hadhari. Pengelaman lepas, solat dalam aircond berimamkan imam arab. Fuh bacaan terbaik. Seronok jadi solat terawih. Hari ni sedikit kuciwa, takde aircond, takde imam arab. Okey betulkan niat balik. Datang nak solat okey.

     Kat sini, buat 20 rakaat. Bila selesai je 8, bruuuu habis keluar tinggallah sedikit yang cekal hatinya, semangat ruhnya. Aku adalah antara orang-orang keluar itu.







     Ada satu kisah dua orang pemuda bertengkar tentang bilangan rakaat terawih. Pemuda pertama kata 20 rakaat dan pemuda kedua kata 8 rakaat. Mereka mengeluar semua dalil, fakta, sirah dan sebagainya. Ingin menegakkan hujah masing-masing. Kemudian ada seorang lagi pemuda datang, "kenapa kamu bertengkar ni, tengok aku tak buat lansung. Kan senang".. Mereka berdua senyap.

   Ada ibrah drpd cerita ini, walaupun ini kisah yang tak diketahui kasahihannya, tapi takpalah kita ambil pengajarannya. 

  Masyarakat kita suka berbalah dalam hal furu' (perbezaan pendapat ulama). Puncanya ilmu yang sedikit tapi nak nampak bijak. Dalam kisah ini, dua orang pemuda tadi semuanya betul tapi yang tak solat tu tak betul. Sepatutnya mereka sibuk ajak orang yang tak solat tu, bagi dalil-dalil pada yang malas solat itu. ya begitu.

Isnin, 14 Julai 2014

Ini baru durian runtuh



        Pagi ini, seperti biasa aku akan pergi ke kebun untuk mengutip durian sebab sekarangkan musim durian. Bila musim durian memang rutin harian aku lah untuk mengutip durian cuma berbeza waktu dan cara. Disebabkan sekarang cuti, jadi pagi boleh terus buat kerja. Zaman sekolah dulu, lepas balik sekolah ataupun sebelum subuh. Wah banyak cemerlang maa..

       Ayah aku ada tiga kebun durian, dua dah mula luruh dan satu lagi tu belum luruh lagi. Jadi ayah aku urus satu aku urus satu. Biasanya aku pergi berseorangan tapi hari ni ayah aku tiba-tiba ikut sekali sebab yang dia dah settle.Mungkin dia nak tengok kerja aku sebab aku ni tak boleh diharap sangat.

      Mata aku melilau mencari durian di celah-celah timbunan semak samun yang telah ditebas itu. Telinga aku terdengar sesuatu. Bunyi dedaun pokok tercarik. Dekat. Petanda Buruk. Dalam kepala aku, lari selamatkan kepala. Baru selangkah aku bergerak. zaaappp. Sebiji durian jatuh tepat atas belakang aku. Arrrgghhhhh.. Aku megerang kesakitan dan pada yang sama agak lega. Mujur tidak pada kepala getus hatiku. Aku bergerak ke tempat yang selamat sambil mengerang kesakitan. Ayah aku yang mendengar suaraku, bergegas datang. Pantas dia membaca ayat-ayat ruqiyyah lalu ditiup ke belakang aku.

    Balik rumah, aku tengok cermin. Teruklah jugak tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah. Bila difikirkan semuanya terjadi mengikut ketetapanNya jatuh atas belakang bukan atas kepala, saiz durian tu pun tak besar, tambah lagi pokok tu tak tinggi.

   Solat terawih pun khusyuk sikit. Mungkin inilah hikmahnya.

Sabtu, 12 Julai 2014

duhai hati, ko tak malu ke ?


   Sabtu. Rumah jadi meriah hari ni. Hujung minggu macam ni, barulah ada kat rumah semua orang. Ditambah lagi dengan kak long dan suami serta salman pulang melawat kami di kampung. Kehadiran salman menambah lagi kemeriahan hujung minggu ini. Dia baru umur 8 bulan lebih tapi dah dapat merangkak. Memang letih la jaga budak ni. Buas pulak tu.

   Tekad 1juz sehari pun hilang entah kemana. Bila ikutkan nafsu, tido la jawabnya.  Malam pulak terawih. Tak khusuk lansung. Letih memaksa diri untuk khusuk tapi mudah je menerawang entah ke mana. Duhai hati, tak malu ke dengan Allah..



    Nak kenal hati kita camne, tengok lah fikiran kita masa solat. Marilah sesiapa yang macam aku tu, kita upgrade solat kita..

   Kata orang, kita cuba faham maksud ayat tu. Tapi kalau tak faham camne.. hurmmm..  cara paling berkesan bagi aku ialah, bila selesai kita baca al fatihah kita cuba ikut sekali bacaan imam. Tapi ia hanya berkesan bila kita ingat ayat tu...

    Kesimpulan.  Alquran adalah kunci untuk khusyuk solat. Semakin banyak kita hafal al quran dan semakin baik kita faham al quran, maka semakin baik jugalah tahap khusyuk kita dlm solat.

Jumaat, 11 Julai 2014

Jumaat kedua



    Aku ada dua pilihan, solat jumaat di Masjid Gong Duek atau Masjid Darau. Masjid Gong Duek lebih besar dan selesa manakala Masjid Darau agak panas mungkin disebabkan saiznya yang agak kecil ditambah lagi dengah jemaah yang ramai serta panas terik tengah hari. Memang terbakarlah nak tunggu selesai solat. Taklah sampai macam tu sekali.

   Aku memilih untuk solat Jumaat di Masjid Darau. Sebabnya ialah, Imam. Bacaan al-fatihah adalah rukun solat dan imam Masjid Gong Duek dilihat tidak mampu memenuhi syarat tersebut. Isu ini bukan isu baru, telah ditegur berkali-kali, namun tidak nampak sebarang perubahan. Boleh rujuk link dibawah mengenai permasalahan ini.

http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/186-silap-bacaan-al-quran-batalkah-solat.html
http://qasolatjemaah.blogspot.com/2008/12/bacaan-imam-tak-betul.html


  Seorang imam sepatutnya seorang yang paling baik bacaannya. Di kampung aku, ramai orang yang layak untuk mengisi kedudukan imam, tetepi disebabkan politik semuanya porak peranda. Yang hijau jangan bising. Bila ada yang tak hijau sangat cuma birunya tidak kuat, baik bacaannya tapi bekas guru. Tak boleh jugak sebab bekas guru mereka dah ada pencen, kena bagi pada yang belum ada. What !!!!! apakah semua ini.

  JKKK... Mereka ini sangat rumit, amat susah untuk difahami apatah lagi ditegur. Agaknya inilah sebabnya Ustaz Azhar Idrus selalu sebut Jkk dalam ceramah beliau..

 Jadi aku dan lelaki-lelaki keluarga aku pergilah solat di Masjid Darau. Macam biasa lah agak panas tapi bukan masalah besar. Ketika khatib sedang berkhutbah, aku pula termenung jauh. Keletihan serta kepanasan. Aku tak dapat memberi tumpuan kepada teks khutbah. Ditambah lagi khatib yang sedang membaca khutbah, baca dengan sebacanya.

  We are better than this. Aku berfikir jauh membayang imam yang berkutbah dari hati dan dengan penuh bersemangat, Alangkah indahnya. Semoga suatu hari negara kita dapat melaksanakannya. Aku percaya banyak impak positif yang akan diperoleh.

 Khutbah hari ini macam sekadar nak cukupkan rukun solat jumaat je. Ia sepatutnya jadi medium terbaik untuk menyentuh hati-hati manusia yang gersang ini. Jika ceramah-ceramah agama dan tazkirah subuh dapat membuatkan pendengar khusuk dengan penyampaiannya, tersentuh dengan isinya, terkesan sampai rasa nak buat, teringat-teringat, kenapa Khutbah jumaat tak boleh.

Akhir sekali, memang senanglah cakap kan.. tapi kena cakaplah jugak biar ada penambah baikkan..
We deserve more than this.....

Khamis, 10 Julai 2014

Wahabi... Apakah ?

Terbaca kat WhatsApps, cerita bagus untuk faham wahabi. 

"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."

Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...

Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.

Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.

Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*

(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, ‪#‎pray4PakMat‬ ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.

Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.

Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.

Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...!  ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Via ustaz ibnu batoota

Pemuda subuh yang dicemburui



     Aku teraba-raba dalam kegelapan, cuba mencari hanfon. Tanganku pantas mengesan objek di atas meja yg betul-betul di atas kepala katil namun kosong. Aku teringat aku mengecasnya di hujung tingkap bilik. Terpaksa aku bangunkan diri untuk mencapainya. Pantas aku mencapainya lalu ku lihat pukul berapa. Sudah 5.35 pagi. Aku tidak semena-mena menjenguk keluar tingkap, terlihat surau sudah terang bercahaya bermakna ada hamba Allah yang sudah berada di sana. Susuk tubuh yang cukup ku kenali, seniorku sem 3. Mataku yang masih bersisa tahi mata itu kembali mengantuk, arghh lambat lagi subuh, pukul 5.50 baru masuk waktu subuh. Aku kembali menyambung mimpi indahku.

   Bangun..Bangun... subuh.. subuh... Roommate aku mengejutkanku. "Dah nak masuk pukul 7 ni"
Aku bergegas ke bilik air mangambil wuduk dan terus solat subuh. Selasai solat, aku teringat kejadian tadi, mengutuk-ngutuk diriku sendiri. "Lewat lagi" Guman ku sendiri. Aku marah dengan diri ku sendiri kenapa kembali sambung tidur.

and history repeat itself...........

  Aku sentiasa kagum melihat pemuda subuh. Bangun di awal pagi, kejut kawan-kawan, pergi surau/masjid, azan, lepas solat baca mathurat lagi. Tempat yang berbeza tapi cerita yang sama. Sentiasa ada pemuda subuh yang ku cemburi ini. Di sekolah menengah ku dulu, ramai jugaklah mereka ni. Adik-adik tingkatan 1 dan 2 kebanyakanya.. Mereka commit setiap hari utk solat subuh berjemaah. Bila kadang-kadang aku pergi subuh, mereka suruh jadi imam sebab aku senior kan, aish taknak lah. Bukan apa, mereka lebih layak bagi pandangan aku.

 Di surau kampung aku pun ada jugak pemuda subuh ni, bila mereka dah masuk Universiti, tinggallah pakcik-pakcik je. Setahun aku di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya, macam-macam lagi aku dapat lihat. Sampai aku bahagikan kepada beberapa level.

Level 1- bangun awal sekali, kejut kawan2, pergi azan, solat sunat qabliah.
Level 2 - Golongkan yg dikejutkan oleh golangan satu takdilah, sempat solat sunat qabliah.
Level 3 - sampai masa imam dah mula solat.
Level 4 - sampai lepas imam selesai solat,
Level 5- xpergi lansung..


 Aku pegang satu benda ni, subuh berjemaah adalah indicator individu untuk kenal diri sendiri. Aku perhatikan, pemuda subuh ni, mereka ada disiplin tinggi, akhlak terpuji, berjurus, senang didekati, dan semualah yang positiv tu. Biasanya bila sesorang tu jaga subuh berjemaah dia, yang lain pun turut terjaga, al-quran dia, solat fardhu lain, hati dia dan percakapan dia. Aku memang sentiasa kagum dengan pemuda subuh ni, tak kiralah senior atau junior. Belum pernah aku jumpa pemuda subuh ni yang bermasalah. Dua benda yang sangat kontra.

 Nanti nak cari calon suami, kena check subuh berjemaah mereka..
Orang yang nak jadi pemuda subuh pun bagus jugak, macam aku. eheh.

 

Isnin, 7 Julai 2014

Maut yang tertangguh



      Aku menundukkan kepala di belakang ayahku cuba mengelak terkena hujan. Motor kriss usang yang dibonceng bergerak laju menempuh hujan cuba sampai ke rumah secepat mungkin. Aku yang di belakang menggigil kesejukan apatah lagi ayahku. Hujan dan angin sejuk menerjahnya sementara aku hanya menerima tempiasnya sahaja.

    Jalan bukit yang merah itu menjadi licin ditimpa hujan, menyukarkan lagi perjalanan kami.. tiba-tiba.... pangg.........

    Telingaku bingit, pekak seketika. Motor yang kami tunggang terhuyung hayang hampir menyembah bumi. Lidah ku terkumat-kamit membaca, "la haulawala kuwwata ila bila hil ali yul azim".. Aku hampir tidak percaya. Petir menyambar betul-betul di atas kepalaku.. Jelas terlihat api biru merekah di atas kepalaku. Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dan ayah. Pokok getah menjadi asbab. Api biru yang menyambar di atas kepala di alirkan oleh pokok getah ke tanah.

   Waktu itu, hati ku seolah-olah "Ya Allah dah tiba akhirnya masaku" . Namun Engkau menakdirkan aku dan ayah masih bernyawa.. Mungkin Engkau hendak memberitahuku, maut boleh menjemputku bila-bila masa. Agar ku sedar, hidup ini bukan untuk hidup, tapi hidup ini untuk mati..

   Kejadian ni berlaku minggu lepas. Hari ini aku teringat kembali. Petang takdi aku dan ayah pergi ke ladang getah jauh dalam hutan belakang rumah.. Bila hujan, kami balik, melalui jalan yang sama. Bila melalui tempat yang kami hampir dipanah petir tu, flash back kejadian tu datang menerpa..

  Jangan pernah rasa mati itu jauh, jangan sangka mati mu tua.Aku masa tu rasa belum sedia nak mati, jadi bila nak sedia ? Ya Allah. Jadilahkan aku, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa ingatkan mati...

 Ada orang kan, dia tak sabar nak mati sebab dia rindu nak bertemu dengan tuhannya.
aku?  isk..isk




Ahad, 6 Julai 2014

Sayangilah peti sejuk anda



        Dah berapa lama nak buat benda ni, akhirnya hari ni tercapai jugak hasrat. Ada satu peti sejuk tu, dia dah berusia, berkhidmat pada keluarga aku dah hampir sepuluh tahun. Tapi takde orang pun kisah pada dia. Sedih tau dia.

       Jadi hari ni, aq mulakan misi renovate peti sejuk tu.. renovate ??? bolehlah renovate pun renovate lah




                                                    Inilah saya. Telah berkarat dimamah usia.....

        Pertama sekali, kena ada alat dulu.. Kita perlukan, pengikis untuk buang karat and cat yang dah nak tertanggal tu. (guna pisau atau pun alat pengikis) , kemudian kita perlukan kertas pasir utk licinkan permukaan, akhir sekali spray warna mengikut warna peti..




                                           yosh.. here we go

      Buat kerja kena teliti. Permukaan yang hendak di-spray mestilah betul-betul bersih dan licin. Kalau tak cat akan mudah tanggal. Kerja tak kemas kate orang.

 Lepas permukaan diplas (dilicinkan) sekarang kita spray... huhu dah nak siap


Taraaa ... Inilah hasilnya..







Bila siap yang luar, basuh yang dalam pulak... Akhirnya inilah hasilnya... Dari tengah hari sampai pukul 6 petang baru siap. Alhamdulillah ^^























Sabtu, 5 Julai 2014

Hujan itu rahmat dan juga ujian




      Petang ni hujan lagi. Mula-mula renyai-renyai je, masuk maghrib baru hujan lebat sikit. Maka tak pergilah aku berjemaah kat surau, hujan jadi sebabnya. Biasanya aku pergi dengan basikal je kadang-kadang dengan motor tapi kebiasaanya motor tu ayah aku guna so aku gunalah basikal takpun jalan kaki.

      Nak kate lemahnya keinginan dan semangat. Sikit je halangan tak pergi terus. Boleh je pergi dengan kereta tapi malas pulak. Nampak tak permainannya disitu.

      Masa terawih takdi, jemaah hilang separuh. Biasanya ada satu saf lebih tapi hari ni, satu saf tak penuh (tak termasuk kanak-kanak). Kanak-kanak kat belakang ramai jugak. Bolehla. Moreh pun lebih makanan. Kesian yg dapat giliran hari ni. Begitulah kehidupan. Kita tak tahu apa-apa kecuali sedikit yang Allah bagi.

     Aku selalu anggap ia macam bawa kereta. Kita tahu yang ada depan kita tu je. Kadang-kadang jalan tu lurus jadi kita tahu banyak sikit. Kadang-kadang ada selekoh. Apa yang ada selepas selekoh kita tak tahu dah. Jangkauan kita terhad sampai ke selekoh je. Dalam kehidupan kita kadang-kadang jangkaan kita betul kadang-kadang salah. Bila berlaku tidak seperti yang kita nak, sedarlah kita betapa lemahnya kita.

   Usahkan takdir kita, badan kita sendiri pun kita tak mampu kawal. Mana mungkin kita boleh suruh jantung kita berhenti sekejap atau darah, jangan mengalir sekejap. Dalam sains ada istilah voluntary action dan involuntary action. Badan kita ni pun kita tak mampu kawal kan. Bagaimana mungkin kita persoalkan takdir kita.

Jumaat, 4 Julai 2014

Jumaat pertama di bulan Ramadhan




        Pukul 3 petang, langit mula mendung. Awan hitam berarak. Perlahan-lahan hujan mula turun dan semakin lama semakin lebat. Aku yang bergelut dlm kepanasan cuba menhabiskan surah al-kahf mula berasa semakin selesa setelah angin nyaman lagi sejuk meniup ku seolah-olah memberi semangat kepadaku untuk menhabiskan bacaan ini. Wah nyaman sekali rasanya.

       Aku melihat sekitar, hujan turun mencurah-curuh membawa bersama rahmat dari tuhanku. Hati kecilku berkata, what a day, hari jumaat, hujan lagi, ramdhan pulak tu, dpt baca al-kafh pulak. Ya Allah, sungguh besar rahmat mu.


       Hari ni juga ada majlis berbuka puasa di Surau Empangan Jajar. Setiap ahli surau sediakan satu hidangan sorang. Ia dah jadi acara wajiblah setiap kali Ramadhan. Seronok jugak ada program macam ni. Di samping menyahut seruan Nabi saw untuk menyediakan makan untuk orang berpuasa, ia juga dapat menhimpunkan masyarakat di surau/masjid.

      Masyarakat kita masih banyak yang perlu di upgrade. Apa yang aku lihat setiap tahun, pemandangan yang sama. Semua hadir untuk berbuka puasa, selesai je terus blah. Tak sempat solat maghrib. Tinggallah beberapa kerat masa solat maghrib. Masyakat kita masih jauh dangan Masjid. Mereka hanya akan pergi masa Solat Jumaat dan Solat Hari Raya. Kalau solat 5 waktu, nak penuh satu saf pun susah. Ini adalah realiti.


   Aku percaya generasi baru dah ramai yang sedar tentang ni tapi kebanyakan macam aku, setakat bermain dalam fikiran dan akhirnya buntu tak tahu nak buat apa. Paling kurang adalah rasa cakna tu. Bolehla daripada tak kisah lansung. hurmm

Khamis, 3 Julai 2014

2 Tahun

 

    Hampir 2 tahun aku tak jenguk blog ni. Last post 16 Feb 2012, hari ni baru menulis balik. hurm. Ada pelbagai kekangan dan kemalasan yang jadi penyebab. Bulan Mac 2012 tu aku masuk asrama. SPM dah dekat katakan, kenalah fokus. haha fokus la sgt..

   Lepas SPM pulak menganggur je sampai bulan Mei 2013. Bulan Mei tu masuk APIUM Nilam Puri. Tempat yang banyak merubah aku. Mengubah cara aku berfikir, disiplin aku, mungkin yg paling besar ialah, it rebulit my heart. Amboi. Ia macam puzzle tau. Aku ingat ia telah complete. I live with it years by years. Kemudian Allah pecahkan ia. Aku sedih sangat kenapa semua ini berlaku, rupanya Allah bagi nak tahu yang puzzle aku tu salah. Dan sekarang aku sedang membinanya semula. ^-^ ...

Apa menda kau tulis ni ? love story ke ?
head shot..
Bukan love story lah...

  Mei 2014, aku secara official nya menamatkan pengajian di Universiti Malaya Nilam Puri. Tempat yg ajar aku bina puzzle dgn betul, dengan kaca mata seorang hamba.

  Sekarang tengah cuti sampai bulan 9 sebab tu lah rasa nak tulis blog ni. Moga Istiqamah. Amin

6 Ramadhan



Alhamdulillah diberi kesempatan utk mendapat nikmat dan rahmat Ramadhan. Segala puji bagi Allah. Ada org Allah jemput mereka awal, tak sempat merasa Ramadhan. Seorang cikgu sekolah rendah aku dulu dijemput Allah sehari sebelum Ramdhan. Pagi Jumaat dpt berita, sayu hati ini. Aku terus doa "allahhu balighna ramandha" . Takut sekali tak sempat merasa Ramadhan. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan sampat hari ni utk dpt keberkatan ramadhan, cari keampunan dan redhaNya di bulan Mulia ini.

1 Ramadhan. Bila masuk je waktu maghrib, hujan turun mencurah-curah. Aku masa tu rasa macam, Ya Allah rahmat berganda-ganda. Hari pertama semangat giler nak terawih, yelah dah setahun kan tak berterawih. Masuk hari 4, mengantuk pulak masa terawih. huhu. 

Bulan Ramadhan ni, ada beberapa yg kita perlu paksa diri dan cegah diri. Rugilah kalau kita gagal bentuk diri kita di bulan ramadhan ni. Ramadhan tahun depan belum tentu bahkan esok pun belum pasti..

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no:38)

Ini adalah hadis sahih. Terdapat banyak lagi fadhilat ramadhan yg disebut dalam hadis tapi bagi aku hadis sahih ini 'is more than enough'. Kita manusia masuk neraka sebab dosa kan. Bila Allah ampun dosa kita ??