Isnin, 7 Julai 2014

Maut yang tertangguh



      Aku menundukkan kepala di belakang ayahku cuba mengelak terkena hujan. Motor kriss usang yang dibonceng bergerak laju menempuh hujan cuba sampai ke rumah secepat mungkin. Aku yang di belakang menggigil kesejukan apatah lagi ayahku. Hujan dan angin sejuk menerjahnya sementara aku hanya menerima tempiasnya sahaja.

    Jalan bukit yang merah itu menjadi licin ditimpa hujan, menyukarkan lagi perjalanan kami.. tiba-tiba.... pangg.........

    Telingaku bingit, pekak seketika. Motor yang kami tunggang terhuyung hayang hampir menyembah bumi. Lidah ku terkumat-kamit membaca, "la haulawala kuwwata ila bila hil ali yul azim".. Aku hampir tidak percaya. Petir menyambar betul-betul di atas kepalaku.. Jelas terlihat api biru merekah di atas kepalaku. Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dan ayah. Pokok getah menjadi asbab. Api biru yang menyambar di atas kepala di alirkan oleh pokok getah ke tanah.

   Waktu itu, hati ku seolah-olah "Ya Allah dah tiba akhirnya masaku" . Namun Engkau menakdirkan aku dan ayah masih bernyawa.. Mungkin Engkau hendak memberitahuku, maut boleh menjemputku bila-bila masa. Agar ku sedar, hidup ini bukan untuk hidup, tapi hidup ini untuk mati..

   Kejadian ni berlaku minggu lepas. Hari ini aku teringat kembali. Petang takdi aku dan ayah pergi ke ladang getah jauh dalam hutan belakang rumah.. Bila hujan, kami balik, melalui jalan yang sama. Bila melalui tempat yang kami hampir dipanah petir tu, flash back kejadian tu datang menerpa..

  Jangan pernah rasa mati itu jauh, jangan sangka mati mu tua.Aku masa tu rasa belum sedia nak mati, jadi bila nak sedia ? Ya Allah. Jadilahkan aku, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa ingatkan mati...

 Ada orang kan, dia tak sabar nak mati sebab dia rindu nak bertemu dengan tuhannya.
aku?  isk..isk




Tiada ulasan:

Catat Ulasan