Alhamdulillah berjaya menamatkan larian ini walaupun tak beberapa bergaya. Moga diberi lagi kesempatan untuk bersama mu lagi.
Malam Raya. Perasaan ini bercampur baur. Sedih. Tapi benarkah sedih
atau aku cuma tidak lebih dari seorang hipokrit yang tak mahu
dikatakan jahil apabila tidak bersedih atas pemergian mu. Gembira.
Entah kenapa beberapa tahun kebelakangan ini, raya terasa tidak
meriah dan menggembirakan. Dulu masa kecil, seronoknya bila tiba
raya. Dari awal Ramadhan dah menghitung hari bila nak raya. Bertambah
seronok lagi bila pulang rumah nenek jumpa sepupu, main bunga apa,
kejar mengejar, seek n hide dan semua jenis permainanlah.
Bila dah besar ini, semua itu dah hilang. Yelah kita semua dah besar,
segan bila berjumpa, tiada lagi gelak ketawa dan kejar mengejar itu.
Move on lah kan. Itu zaman kechik. Tak. Bukan taknak move on, cuma
wondering tak boleh kah kemeriahan itu dikekalkan cuma dalam versi
yang berbeza dan apakah versi itu ?
Apa sebenarnya raya ? Apa yang dirayakan ? Kenapa gembira ? Bagaimana
rupa kegembiraan itu ? Beberapa persoalanan ini terus bermain dalam
aku.
Lagu-lagu raya rancak dimainkan, rancangan bertema raya memenuhi tv,
bunga api memenuhi angkasa, pakaian berganti baru dan juadah memukau
nafsu.
Adakah
ini rupa raya yang sebenarnya ?
Hati ini berbisik. Tak. This is nothing but rubbish. Amboi main kasar
nampak.
Aku
cuba melihat dari sudut yang berbeza. A wise man once told me “
raya adalah meraikan kejayaan. Kejayaan melakukan perkara yang tak
pernah kita berjaya buat dalam hidup ini.”
Seumur
hidup kita, kita tak pernah khatam al-quran tapi kerana Ramadhan kita
berjaya buat
Seumur hidup kita, kita tak pernah bangun tahajjud, tapi kerana Ramadhan kita tiba-tiba somehow dapat bangun malam
Kita yang fikiran kotor tiba-tiba dapat warning pada otak “inni sooim”
dan how on the earth tiba-tiba rajin berjemaah di masjid
and the list goes on
Aku
cuba ingat balik satu bulan aku berpuasa. Apa pencapaian aku.
Layakkah aku untuk bergembira atau patutkah aku menangis kerana
kebodohan diri sendiri. Ternyata diri ku sendiri pun tidak mampu
memberikan jawapan yang tepat.
Hati
ini akhirnya bersetuju. Inilah raya. Andai berjaya kita di Ramadhan
layaklah lah kita bergembira. Berjaya dalam konteks dunia kita
sendiri. Tak perlu kita banding dengan orang lain. Andai kita ni tak
pernah bangun tahajjud, dapat buat beberapa kali cukuplah untuk
dikatakan berjaya. Andai sebelum ini jarang baca quran, tapi bila
Ramadhan dapat baca setiap hari berjayalah tu. Ya inilah kegembirahan
hakiki. Fitrah sebenar manusia. Bila ia dipenuhi ia akan sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan