Isnin, 14 Julai 2014

Ini baru durian runtuh



        Pagi ini, seperti biasa aku akan pergi ke kebun untuk mengutip durian sebab sekarangkan musim durian. Bila musim durian memang rutin harian aku lah untuk mengutip durian cuma berbeza waktu dan cara. Disebabkan sekarang cuti, jadi pagi boleh terus buat kerja. Zaman sekolah dulu, lepas balik sekolah ataupun sebelum subuh. Wah banyak cemerlang maa..

       Ayah aku ada tiga kebun durian, dua dah mula luruh dan satu lagi tu belum luruh lagi. Jadi ayah aku urus satu aku urus satu. Biasanya aku pergi berseorangan tapi hari ni ayah aku tiba-tiba ikut sekali sebab yang dia dah settle.Mungkin dia nak tengok kerja aku sebab aku ni tak boleh diharap sangat.

      Mata aku melilau mencari durian di celah-celah timbunan semak samun yang telah ditebas itu. Telinga aku terdengar sesuatu. Bunyi dedaun pokok tercarik. Dekat. Petanda Buruk. Dalam kepala aku, lari selamatkan kepala. Baru selangkah aku bergerak. zaaappp. Sebiji durian jatuh tepat atas belakang aku. Arrrgghhhhh.. Aku megerang kesakitan dan pada yang sama agak lega. Mujur tidak pada kepala getus hatiku. Aku bergerak ke tempat yang selamat sambil mengerang kesakitan. Ayah aku yang mendengar suaraku, bergegas datang. Pantas dia membaca ayat-ayat ruqiyyah lalu ditiup ke belakang aku.

    Balik rumah, aku tengok cermin. Teruklah jugak tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah. Bila difikirkan semuanya terjadi mengikut ketetapanNya jatuh atas belakang bukan atas kepala, saiz durian tu pun tak besar, tambah lagi pokok tu tak tinggi.

   Solat terawih pun khusyuk sikit. Mungkin inilah hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan