Jumaat, 11 Julai 2014

Jumaat kedua



    Aku ada dua pilihan, solat jumaat di Masjid Gong Duek atau Masjid Darau. Masjid Gong Duek lebih besar dan selesa manakala Masjid Darau agak panas mungkin disebabkan saiznya yang agak kecil ditambah lagi dengah jemaah yang ramai serta panas terik tengah hari. Memang terbakarlah nak tunggu selesai solat. Taklah sampai macam tu sekali.

   Aku memilih untuk solat Jumaat di Masjid Darau. Sebabnya ialah, Imam. Bacaan al-fatihah adalah rukun solat dan imam Masjid Gong Duek dilihat tidak mampu memenuhi syarat tersebut. Isu ini bukan isu baru, telah ditegur berkali-kali, namun tidak nampak sebarang perubahan. Boleh rujuk link dibawah mengenai permasalahan ini.

http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/186-silap-bacaan-al-quran-batalkah-solat.html
http://qasolatjemaah.blogspot.com/2008/12/bacaan-imam-tak-betul.html


  Seorang imam sepatutnya seorang yang paling baik bacaannya. Di kampung aku, ramai orang yang layak untuk mengisi kedudukan imam, tetepi disebabkan politik semuanya porak peranda. Yang hijau jangan bising. Bila ada yang tak hijau sangat cuma birunya tidak kuat, baik bacaannya tapi bekas guru. Tak boleh jugak sebab bekas guru mereka dah ada pencen, kena bagi pada yang belum ada. What !!!!! apakah semua ini.

  JKKK... Mereka ini sangat rumit, amat susah untuk difahami apatah lagi ditegur. Agaknya inilah sebabnya Ustaz Azhar Idrus selalu sebut Jkk dalam ceramah beliau..

 Jadi aku dan lelaki-lelaki keluarga aku pergilah solat di Masjid Darau. Macam biasa lah agak panas tapi bukan masalah besar. Ketika khatib sedang berkhutbah, aku pula termenung jauh. Keletihan serta kepanasan. Aku tak dapat memberi tumpuan kepada teks khutbah. Ditambah lagi khatib yang sedang membaca khutbah, baca dengan sebacanya.

  We are better than this. Aku berfikir jauh membayang imam yang berkutbah dari hati dan dengan penuh bersemangat, Alangkah indahnya. Semoga suatu hari negara kita dapat melaksanakannya. Aku percaya banyak impak positif yang akan diperoleh.

 Khutbah hari ini macam sekadar nak cukupkan rukun solat jumaat je. Ia sepatutnya jadi medium terbaik untuk menyentuh hati-hati manusia yang gersang ini. Jika ceramah-ceramah agama dan tazkirah subuh dapat membuatkan pendengar khusuk dengan penyampaiannya, tersentuh dengan isinya, terkesan sampai rasa nak buat, teringat-teringat, kenapa Khutbah jumaat tak boleh.

Akhir sekali, memang senanglah cakap kan.. tapi kena cakaplah jugak biar ada penambah baikkan..
We deserve more than this.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan