Khamis, 23 Oktober 2014

naqibku laut

khamis
16 oktober 2014

      Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah .... aku mengusap muka mengambil sunnah rasulullah seusai memberi salam. Kepala aku ditinggikan sedikit untuk melihat sekeliling mencari malizi yang lain kerana telah dihebahkan solat hajat akan dibuat selepas solat maghrib. Anak-anak melayu berpusu-pusu bergerak ke sayap kiri masjid jamiah untuk melaksanakan hajat yang sangat besar ini. Masalah yang sedang memuncak ini telah sampai ke tahap syiling. Malizi tak boleh bertolak ansur lagi. Saf-saf dibentuk, lalu takbir diangkat. Semoga Allah memakbulkan doa kami, doa orang-orang yang dizalimi. Sejak hari raya aidil adha lepas, rumah-rumah anak melayu telah dipecah masuk. Setiap hari ada yang menjadi mangsa, beribu-ribu jodan dinar telah dilesapkan meninggalkan mangsa dalam keadan hanya tuhan yang tahun.

   Selesai solat, aku bersama Hanif bergerak ke rumah naqib kami untuk ber 'bulatan gembira' . Ini adalah, bulatan gembira rasmi yang kedua kami. Kali ini berjalan di rumah naqib kami sendiri. Kami bergegas kerana takut terlambat tapi rupanya kami yang paling awal. Bila semua dah sampai barulah kami bergerak masuk ke rumah naqib kami, abang Hakim Othman. Perpustakaan mini beliau menjadi tempat bulatan malam ni. Aku melihat sekeliling dengan penuh kagum. Penuh. Penuh dengan buku-buku. Kitab. "patutlah hebat orangnya" getus hatiku.

 Perbincangan malam itu berkisar tengtang hala tuju usrah kami sambil beliau rancak bercerita tentang buku-buku beliau. Satu persatu nama penulis disebut dan kebanyakannya, aku tidak kenali. Aku dapat lihat kesungguhan beliau bercerita tentang buku-buku, dari buku tafsir quran kepada syarah hadis, dari buku akidah hingga buku fikrah. Satu persatu dikupasnya sehingga aku tenggelam sekali ke dalamnya. Satu dunia yang baru bagiku. Entah mengapa, tidak semena-mena aku jadi sangat teruja.

 Sebelum pulang, aku meminjam sebuah buku " di hamparan shamrock, ku seru nama mu". Sebuah buku tentang liku-liku hidup yang dilalui oleh Ustaz Hasrizal. Dari liku-liku itulah beliau menjadi manusia hebat berjiwa besar, dan jauh jangkauan akal. Aku menghabiskan buku ni dalam masa semalam. Rekod. Sangat jarang dan rare bila aku habiskan buku dalam semalam. Tapi buku ini sangat hebat. Banyak inspirasi dan semangat juang  yang aku dapat.

Itulah ceritanya kali ini.
Berkawan dengan penjual minyak wangi
kita pun jadi wangi sekali...

12.37am
23 oktober 2014
Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan