Jumaat, 9 Januari 2015

salji dah jadi air


   Orang melayu bina kata-kata "nasi dah menjadi bubur", tapi di sini orang arab tak makan sangat nasi. Kalau nak kata "roti dah jadi kering" nampak macam tak sesuai. Jadi yang paling sesuai ialah "salji dah jadi air".

   Pepatah ni dapat menyimpulan cerita aku dua hari ni. Semalam aku tidur lewat jadi aku pun qadha lah tidur lepas subuh. Bangun dah petang. Udara terasa beku. Laju aku bingkas bangun menjenguk ke luar tingkap. Salji ? takpi takde kesan. Buka henfon tangok watsap. Penuh dengan gambar kawan-kawan main salji. arrrrghhhhhh. Salji turun pagi takdi, sekarang dah jadi air. nanges.

ni gambar kata amman. irbid xde nya camni


   Menguis-nguis kaki merenung nasib sendiri. Irbid ni bukanlah tempat turun salji. Mungkin dah takde lepas ni. Kalau ade pun kena pergi tempat lain. Tapi ia tak sama. Aku nak rasa salji di irbid. Bila hari bertambah gelap, aku dengar bunyi seperti hujan. Lantas aku lihat keluar tingkap. Salji.

  Salji.Serius salji. Tergopoh-gapah aku mencari kunci rumah. Terus aku panjat ke bumbung rumah. Ya memang salji. Ya Allah. Terasa hati ku turut merenyai bersama salji yang turun dari langit. Pelik sekali rupanya. Ia tak jatuh berat seperti titisan hujan tapi menerewang seperti kapas halus.

  Aku disapa seorang pakcik arab. indonesi au malizi ? tanyanya. "fi salj fi malizi ?" tanyanya lagi. Mungkin dia pelik tengok aku jakun sangat. haha. Itu cerita semalam. Hari ni aku bangun awal tunggu salji tapi dia tak nak turun.

takpe-takpe
forecast kata esok
awak akan datang lagi.
i will be waiting for you
so i should sleep now

12.45 am
9 Januari
Bait Badar, Irbid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan