Jumaat, 25 Mac 2011

Taubat ....

    Tika manusia berputus asa , saat manusia hilang panduan , keresahan menyelubungi jiwa , "you feel like the world are against you" . Ingatlah kamu tidak bersendirian.. Carilah penyelesaian abadi . Kembalilah kepada Allah S.W.T ....

     Jika kamu rasakan dosa kamu sebesar bumi dan sekian alam semesta ini sekalipun, ingatlah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .. Sesungguhnya manusia itu adalah milik-Nya , maka hanya kpd-Nya lah tempat mengadu serta memohan keampunan.


Dalam sebuah hadits Qudsi yang diriwayatkan dari Anas bin malik :

قَالَ الله تَبَارَكَ وَتَعَالَى: يَا بْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِيْ. يَا بْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغْتَ ذُنُوْبَكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِيْ. يَا بْنَ آدَمَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِيْ لاَ تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا َلأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً. (رواه الترمذي وحسنه)

Allah berfirman: Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan. 
                  (HR. Tirmidzi –dan beliau menghasankannya).

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” 
                  (Hadis riwayat Imam Muslim )

Bertaubatlah! Dan janganlah putus asa dari rahmat Allah. Rahmat dan ampunan Allah lebih luas dari dosa-dosamu, Allah senang dengan taubat hamba-Nya dan mengatakan dengan kasih sayang-Nya: 


Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 
                (az-Zumar: 53)

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
               ( Surah Ali Imran :133)

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. 
               (Hadis Riwayat  Imam Muslim)


Dan jika kamu ragu-ragu akan taubatmu diterima atau tidak dek sikap dan hatimu yang berbolak-balik serta sering berubah-ubah. Sikap manusia yang melakukan kesalahan lalu bertaubat kemudian melakukan kesalahan sememangnya berlaku. Ingatlah selagi kamu tidak berputus asa untuk memohon ampun dan bertaubat kpd Allah SWT, selagi itulah Allah akan menerima taubat mu. Janganlah sesekali berputus asa memohan ampun dan betaubat kepada -Nya kerana sesungguhnya saat kamu berputus asa daripada rahmat Allah itu merupakan permulaan kemusnahan jiwa dan pengakhiran hidup kamu. 

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. 
              (Hadis Riwayat  Ibn Majah )

Namun begitu sebelum ajal datang menjemput, selama nyawa belum berada di kerongkong, selagi itulah peluang untuk bertaubat itu masih terbuka. Sungguh luas kasih sayang Allah terhadap hambanya ! 

Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah bin Umar bin Khathab (semoga Allah meridhai keduanya) dari Nabi beliau bersabda: “Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongannya. 
             (HR. Tirmidzi dan beliau katakan haditsnya hasan)

“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, niscaya Allah akan menerima taubatnya.” 
            (HR. Muslim)

Semoga apabila tiba saat ajal menjemput kita , rahmat dan redha Allah mengiringi kita. Sesungguhnya berbahagianlah insan yang mati dalam keadaan yang diredhai Allah.  


"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb-mu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya". 
           (al-Fajr: 27-28). 



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan